Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Sudah Lama Mak Tak Senyum Begitu..” Syafiq Yusof Syukur Syamsul Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Umirah Halim
04/10/2024 07:25 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof meluahkan rasa syukur apabila abangnya, Syamsul sudah kembali ke pangkuan ibu bapanya.

Sudah jangka perkara itu

Menurut Syafiq, 31, dia sudah menjangkakan perkara tersebut akan berlaku.

“Saya bersyukur sangat dia balik ke pangkuan ibu dan ayah.

“Saya rasa dah agak abang saya mesti akan kembali, kita kerana apa-apa pun ayah dan ibu penting.

“Sudah lama mak saya tak senyum begitu. Bila saya tengok mak saya gembira saya pun sama, syukur alhamdulillah,” ujarnya ketika ditemui Gempak.

Sementara itu, pengarah filem Sheriff itu turut memaklumkan Syamsul kini sedang cuba untuk memulihkan keadaan semula.

BERITA TRENDING: Puteri Sarah Luah Rasa Syukur Syamsul Yusof Pulang Ke Pangkuan Keluarga - “Saya Hanya Boleh Katakan…”

BERITA TRENDING: Hadir Beri Sokongan Kepada Puteri Sarah Di MLS4, Patimah Ismail Turut Kongsi Rasa Syukur Syamsul Yusof Kini Kerap Pulang Ke Rumah - “Lepas Kerja, Biasanya Dia Akan…”

BERITA TRENDING: Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

BERITA TRENDING: Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa



“Walaupun dia diuji, dia tetap abang saya, kalau ada orang kutuk atau marah dia semestinya saya juga terasa.

“Dia manusia kita semua manusia kadang-kadang ada buat kesilapan.

“Cuma kalau ada orang nak cakap apa-apa perlu terima sahaja tapi yang saya tahu ketika ini dia sedang memulihkan keadaan,” ujarnya.

Enggan isu ini berpanjangan, Syafiq turut berharap agar isu keluarganya tidak lagi diperkatakan.

“Kadang-kadang bergaduh akhirnya kita kembali itulah namanya keluarga, mana ada keluarga tak bergaduh kat dalam dunia ini bezanya kerluarga saya dikenali.

“Jadi, abang saya dah balik saya harap cerita ini boleh tutup kalau tidak mesti orang akan tanya,”tambahnya lagi.

Terdahulu, Syamsul Yusof akhirnya pulang ke pangkuan keluarga selepas hampir dua tahun tidak berjumpa.

Menerusi perkongsian foto di Instastory ibu Syamsul iaitu Datin Patimah pada 11 September lalu, pertemuan penuh bermakna itu turut disertai Datuk Yusof Haslam dan Syafiq Yusof.

Turut bersama, bekas menantu, Puteri Sarah Liyana dan cucunya, Sumayyah.

#Syafiq Yusof #Kembali #Keluarga #Yusof #Syamsul #pangkuan
;