Jika kini kita memperhati tidak banyak filem animasi yang di tayangkan di pawagam untuk tontonan umum khususnya kanak-kanak.

Kali ini Astro First membawakan animasi terus dari Jepun iaitu filem ke-29 daripada francias popular Crayon Shin-chan, ‘Crayon Shin-Chan The Movie: School Mystery! The Splendid Tenkazu Academy’.

Filem ini telah mendapat sambutan sejak mula di tayangkan dan menduduki carta tangga pertama kedudukan filem di Astro First! Hal ini terbukti filem ini sangat menarik dan seronok!

Berikut merupakan sebab mengapa anda perlu menonton filem ‘Crayon Shin-Chan The Movie: School Mystery! The Splendid Tenkazu Academy’.

1. Sudah lama tiada filem animasi di pawagam.

Bagi penggemar filem, pasti mereka sedar dan cakna tentang hal ini. Kebelakangan ini sangat jarang adanya filem animasi yang di tayangkan di layar skrin pawagan.

Sebagai penerbit, Produksi Shin-Ei Animation telah memgambil tindakan bijak untuk menerbitkan filem ke-29 animasi ini.

Pengarahnya iaitu Wataru Takashi yang namanya tidak asing lagi dengan dengan siri animasi Shin-Chan yang sebelum ini telah bertanggungjawab untuk memastikan setiap jalan cerita di dalam filem dapat memberi kesan dan impak kepada penonton.

Dengan adanya filem ini, sememangnya dapat mengubati rindu kita sewaktu di zaman kanak-kanak yang seronok menonton animasi ini di kaca televisyen. Tidak dinafikan filem ini telah menemani kita ketika di bangku sekolah lagi dan menjadi animasi kegemaran ramai kanak-kanak.

2. Unsur komedi yang sangat lucu.

Bila soal sahaja tentang watak Shin-Chan sudah pasti kita terus teringat akan kenakalannya. Sebagai pembawa watak utama di dalam animasi ini, Shin-Chan berjaya menambat hati setiap penonton dengan aksi lucunya yang sering membuat kita gelak tidak gering gusi.

Meskipun ketika dimarahi ibunya, Misae, Shin-Chan dengan sikap bersahajanya ada sahaja yang akan di balas semula dan membuat ramai yang terhibur dengan jawapan-jawapan si budak nakal itu.

3. Semangat persahabatan yang kuat

Adat dalam persahabatan, ada kala kita baik ada kala kita bermasam muka. Namun itu yang mengkuatkan lagi nilai persahabatan.

Tidak terlepas kepada Shin-Chan dan rakan-rakanya. Meskipun mereka sering bergaduh dan salah faham, namun pada akhirnya mereka saling memaafkan antara satu sama lain dan kembali bertegur semula.

Hal ini mengajar kita untuk sentiasa menjaga tali persahabatan yang kita bina. Walaupun sekadar filem animasi namun nilai persahabatan yang ditonjolkan perlu dicontohi daripada Shin-Chan dan rakan-rakanya.

Untuk melihat apa lagi yang menarik tentang Shin-Chan? Saksikan filem animasi, Crayon Shin-Chan The Movie: School Mystery! The Splendid Tenkazu Academy bermula 4 Jun dengan hanya RM15 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.