,
Hiburan

"Sudah Semestinya Saya Nak Fully Breastfeed Baby Saya..." - Elfira Loy

Zulaikha Yusof
26/09/2019
03:16 MYT
Pelakon Elfira Loy menjelaskan dia tidak berniat untuk memberi susu formula sepenuhnya kepada anak yang bakal dilahirkan.
Isu tersebut timbul selepas Elfira meminta pendapat mengenai jenis botol susu yang patut dibawa ke hospital memandangkan dia mempunyai beberapa pilihan.
Jelas Elfira, dia hanya menyediakan keperluan bayi kerana tidak tahu dengan keadaannya selepas bersalin nanti.
"Bukan saya tak nak breastfeeding baby terus lepas dia lahir tapi manalah tahu kotlah tak sure dia minum ke tak, ada ke tak susu, larat ke tak, ke tak panjang umur... Wallahualam.
"Janji El adalah sediakan. Cuma I don't know which one is the best.
"Tapi ada jugak cakap nurse bagi guna sudulah, syringe lah. Nak tanya @vanillicious yang baru lahirkan anak tu dia busy," tulisnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya.
Tambah Elfira, botol itu digunakan sebagai bantuan tambahan jika mempunyai susu badan yang berlebihan.
"Of course I wanna fully breastfeed the baby just like any other mothers out there.
"Bottles are for backups. Pumping pulak kot lah nak duduk lama sikit pastu rasa macam eh banyak pulak susu.
"Guna pilah pump bagi rasa tak sakit pastu simpanlah dapat juga susu dari buang. Sat gi pak dia pun boleh rasa susukan anak dia," jelasnya.
Dalam pada itu, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy berpesan kepada netizen supaya ingat dengan tujuan asal untuk menyusukan anak.
"Tak usahlah kalut-kalut ni tak boleh tu tak boleh. Tujuan susukan anak kan nak bagi dia makan cara lagu manapun kalau dia dapat makan yang berkhasiat.
"Alhamdulillah janji baca Bismillah. Patutlah ramai ibu stress baru El faham," tulisnya lagi.
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan kini sedang sarat hamil anak pertama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar