"Sudah-Sudahlah Myza Kau Nak Gaduh Dengan Semua Orang Sampai Bila?" - Zarina Anjoulie Maafkan Amyza Aznan

ZULHILMI JALIL
April 6, 2020 07:14 MYT
Pelakon Zarina Anjoulie menasihati aktres Amyza Aznan untuk berhenti daripada terus berbalah dengan netizen di laman sosial.
Zarina atau lebih dikenali dengan panggilan Anju itu berkata, platform media sosial sepatutnya digunakan sebaiknya yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.
"Sudah-sudahlah Myza, kau nak gaduh dengan semua orang sampai bila..? Dengan aku nak gaduh, dengan netizen nak gaduh.
"Sister, ramai lagi saudara kita yang tengah kebulur kat luar tu. Daripada kau gigih nak jatuhkan orang, baik kau gunakan platform kau untuk membantu, lagi orang sayang," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Jelas Anju lagi, dia juga sudah memaafkan Amyza di sebalik konflik yang tercetus antara mereka sebelum ini berhubung perselisihan faham isu bantuan dana kerajaan kepada golongan artis.
"Apa-apapun, aku maafkan kau walaupun kau hina-hina aku. Allah maha besar dan karma itu memang wujud," katanya.
Dalam posting tersebut, Anju turut berkongsi paparan komen yang ditinggalkan Amyza yang seolah-olah berang apabila terdapat netizen mempersoalkan perangai sebenarnya.
"Apa perangai sebenar? Kaki Dadah? Pelucah? Kaki gaduh? Pornstar? Kuat memaki hamun untuk content? Adakah ini yang anda maksudkan dengan PERANGAI SEBENAR? Kesian" tulis Amyzaa yang mana komen itu kemudian dikongsikan pengguna lain sebelum ia tular.
Sebelum ini, Anju mengkritik beberapa artis yang mempersoalkan isu bantuan khas kerajaan.
BACA: "Saya Takkan Minta Maaf!" - Zarina Anjoulie
Ekoran tindakannya itu, dia menerima tentangan daripada sebahagian orang dalam industri yang tidak senang dengan perbuatannya itu.
BACA: "Dia Minta Maaf, Saya Pun Minta Maaf" - Zarina Anjoulie Minta Netizen Henti Kecam Sharifah Sakinah
#Zarina Anjoulie #Amyza Aznan #Anju