Pengarah Shahrulezad Mohameddin menasihati orang ramai agar berhenti daripada terus menuding jari atas insiden yang berlaku ke atas penyanyi Alif Satar yang disahkan positif jangkitan Covid-19 sehingga melibatkan ramai pihak terkesan sama.

Menurut Shahrulezad, apa yang terjadi itu bukanlah kehendak sesiapa, sebaliknya hanyalah sebagai satu suratan takdir.

"Salah Alif kah? Bukan! Salah keluarga atau saudara yang menjadi punca dijangkiti Covid-19 ke? pun bukan. Semua adalah takdir yang tertulis.

"Jadi sudah-sudahlah kita nak menyalahkan itu ini pada Alif atau orang di sekeliling yang terkena sama. Sudah semestinya bukan ini yg kita nak.

"Virus Covid ni kita bukannya boleh nampak di mata kasar kita. Virus ini dah berada di sekeliling kita di mana-mana. Dia dah macam selesema dan denggi. Kalau ditakdirkan nak terkena, tetap akan terkena. Kita doakan saja baik-baik sesama kita okay," katanya menerusi satu entri di Instagram.

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)


Semalam, Alif dilaporkan positif Covid-19 sehari selepas dirinya membuat persembahan pada sebuah acara hiburan yang bersiaran secara langsung baru-baru ini.

BACA: Alif Satar Positif COVID-19; “Saya Mohon Maaf, Doakan Saya”

Bahkan, katanya, insiden tersebut juga secara tidak langsung menjadikan dirinya kembali menjadi paranoid untuk meneruska pekerjaan di set penggambaran.

"Ikutkan hati abam nak shutdown lagi sebab mereka yang bekerja dengan saya mula paranoid semula, termasuklah saya, tapi rezeki harus dicari kerana ramai kru dan artis abang yang dah berkeluarga.

"Lagipun abam dah terikat dengan kontrak dengan televisyen yang drama abam kena disiapkan pada sekian sekian haribulan. Doakan saja yang baik-baik untuk semua. Tak susah bukan?" pesannya.

Jelasnya lagi, sebagai salah seorang penggiat seni, dia juga mengakui berisiko sama untuk dijangkiti berikutan cara kerja mereka yang sentiasa perlu berada dalam kumpulan yang ramai.

Terdahulu, dalam entri berasingan pengarah itu meluahkan rasa terkilan dengan sikap netizen yang mengutuk penggiat seni yang didakwa mendorong peningkatan kes akibat kelonggaran yang diberikan kepada mereka.

Sebelum ini, Shahrulezad turut mengambil insiatif menangguhkan penggambaran dilakukan biarpun kerajaan membenarkan dengan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

BACA: "SOP Bersyarat Menyukarkan...Ganggu Kelancaran" - Penerbit Tangguh Shooting Walau Finas Bagi 'Greenlight'