Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

‘Sudah Tak Cinta’- Tomok, Tampil Kelainan

Shahrin Zulkifle
13/06/2022 03:58 MYT
Kemampuan dan kehebatan penyanyi Tomok dalam meyampaikan lagu tidak disangkal lagi. Suaranya telah menemani kita seawal usianya belasan tahun lagi.

Setiap kali keluar sahaja lagu baru nyanyiannya pasti mendapat tempat di hati peminat dan pendengar.

Jika kebiasaannya Tomok tampil dengan lagu baru, kali ini sedikit berbeza kerana Tomok hanya menyanyikan semula sebuah lagu berasal dari negara jiran Indonesia berjudul Sudah Tak Cinta nyanyian Ziell Ferdian.

Menurut anak jati kelahiran Negeri Sembilan itu, Tomok lantas bersetuju tanpa memikir panjang ketika di minta oleh syarikat rakaman untuk menyanyikan semula lagu tersebut.

“Pada mulanya, pihak rakaman suruh Tomok dengar lagu ni, mereka kata lagu ni sedap.

“Bila Tomok dengar, terus suka dan memang Tomok rasa lagu tu kena sangat dengan jiwa Tomok.

“Tomok pun cakap pada mereka terus on, esoknya kami terus rakam dan shoot muzik video pada hari yang sama. Proses semua sangat mudah. Alhamdulillah” katanya.

Tomok turut menjelaskan kehadiran seorang penyanyi wanita yang diundang bersama di dalam lagunya iaitu Erinctj.

“Erin memang penyanyi yang bagus, dia masih baru dan pada Tomok vokal dia sangat mantap.

“Bila dapat bekerjasama dengan dia, Tomok Ok je sebab Tomok tahu kemampuan dia dan suara dia sesuai dengan lagu macam tu.

“Pemilihan Erin pula adalah hasil dari perbincangan bersama di antara Tomok dan pihak rakaman,” tambah Tomok.

Sehingga kini Muzik Video Tomok, ‘Sudah Tak Cinta’ sudah mencecah 100,000 tontonan di Youtube.

#Tomok #Sudah tak cinta #Tomok lagu baru
;