Berita
Sudah Temui Pengganti, Mimi Fly Akui Bercinta Dengan Jurulatih Peribadi
Penyanyi Mimi Fly mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka Arab yang merupakan jurulatih peribadinya.
Menurut Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, mereka sudah menjalinkan hubungan cinta sejak awal tahun ini.
"Alhamdulillah saya bersyukur kerana telah berjumpa dengan seseorang yang sangat memahami dan menghiburkan.
"Kekasih saya ini merupakan seorang jejaka daripada Arab dan perwatakan yang ada pada dirinya membuatkan saya jatuh cinta.
"Walaupun kami mempunyai budaya dan cara hidup yang berbeza namun perkara itu tidak menghalang kami menjalinkan hubungan cinta.
"Dia merupakan jurulatih peribadi saya dan beberapa selebriti yang lain," katanya kepada Gempak.
Mimi berkata demikian ketika ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular BH ke-31 (ABPBH 31), di PICC Putrajaya, pada Ahad.
Sebelum ini Mimi telah berpisah dengan bekas suaminya, Mohd Firdaus Hajar yang juga bekas pengurusnya pada akhir tahun lalu.