Laman Utama
Sudah Terima Vaksin Sebelum Positif COVID-19, BCL Tak Nak Layan Aura Negatif - "Saya Berusaha Melihatnya Dari Sudut Pandang Yang Berbeza"
Bintang popular Indonesia, Bunga Citra Lestari mendedahkan dia sudah menerima suntikan vaksin sebelum disahkan positif Covid-19.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi dirinya apabila terkena virus itu dan sedang mengalami simptom ringan.
"Banyak sekali berita tentang Covid di luar sana. Apapun, pendapat kalian, virus ini wujud.
"Sesetengah orang mungkin kena simptom ringan, atau sedikit lebih berat atau tidak bergejala. Tapi banyak juga yang kena gejala berat atau pun sampai meninggal.
"Saya sendiri mengalami simptom ringan menuju ke sedang. Saya sudah vaksin. Kawan-kawan ku di sini gejala ringan. Mereka juga sudah vaksin," tulisnya di Instagram Stories.
Tambah pelantun lagu Cinta Sejati, dia memilih untuk melakukan aktiviti yang menggembirakan hati sepanjang menjalani isolasi kendiri.
"Saya kongsi sedikit dari kegiatan hari-hari aku di sini untuk yang tengah hadapi situasi yang cukup menakutkan dan membimbangkan.
"Kita masih boleh melakukan sesuatu yang buat kita bahagia. Yang menyenangkan. Saya berusaha melihatnya dari sudut pandang yang berbeza.
"Ketika saya harus isolasi, saya berusaha buat isolasinya menjadi menyenangkan dengan membaca buku, mengambil gambar, mendengar muzik dan menari atau mungkin dengan video call kawan. Itulah cara saya melakukannya," tulis Bunga.
Dalam pada itu, isteri kepada arwah pelakon Ashraf Sinclair turut mendoakan agar semua pesakit Covid-19 terus kuat menempuhi dugaan yang diberikan.
"Yang pasti saya doakan untuk semuanya semoga selalu diberi perlindungan. Dan semua yang sedang berjuang melawan Covid semoga diberikan kekuatan dan kesabaran.
"Semoga keadaan pulih. Mari saling mengasihi dan saling menjaga," tulisnya lagi.
Terdahulu, Bunga memaklumkan dirinya kini positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat beberapa penarinya selepas mereka bertemu pada 10 Jun lalu.
Must-Watch Video