Berita Tempatan Sudah Tiba Masanya FINAS Wujudkan Pasukan Forensik Bebas Buat 'Post-Mortem' Sistem Pemberian Dana Penerbitan Elrafaei Sapi 18/09/2018 | 17:51 MYT Heret ke mahkamah hanya solusi jangka pendek. Apatah lagi proses bicara kes sivil di mahkamah biasanya memakan masa yang panjang. Peguam yang berpengalaman dan licik sentiasa tahu cara utk ‘by time’ agar kes anak guam mereka punya justifikasi utk ditangguh-tangguhkan oleh mahkamah. Ada profesional fee yang peguam kenakan pada anak guam mereka untuk dapatkan khidmat penangguhan demi penangguhan ini. Ianya bukan percuma. Fakta ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai peguam dulu. Kes high profile pun mengambil masa bertahun-tahun untuk selesai. Untuk jangka panjang SOP dalam pemberian dana FINAS itu sendiri mesti dikaji dan dibuat penambahan baikan. Dana itu adalah duit rakyat. Mesti dimanafaatkan sepenuhnya. Di Indonesia industri filem mereka tidak ada dana seperti FINAS ini. Satu ketika dulu memang ada tapi sudah lama dihentikan. Para penerbit di Indonesia cari dana sendiri dari syarikat syarikat korporat yang membiayai penerbitan filem mereka. Syarikat korporat Indonesia pula hanya pilih skrip & filem yg bagus dan terbaik sahaja untuk mereka dapatkan pulangan investment mereka. Sudah tiba masanya FINAS ujudkan team forensik bebas dan profesional untuk buat post mortem sistem pemberian dana ini agar tidak ada species Toyol dengan mudah peroleh dana dan kemudian ghaib. FINAS perlu bertindak segera agar tahap profesionalismanya tidak terus dipersoalkan oleh industri. Isu ketirisan dana di FINAS ini bukan perkara baru. Orang dalam industri dah letih dah dengan isu ini. Tiada siapa yang terkejut apatah lagi untuk terperanjat. Yang ada hanya keluhan. Why do we keep repeating the same script? Kutipan hasil tayangan HKL (RM35.5 juta) & Munafik 2 (RM40 juta) dalam tempoh tidak sampai 30 hari membuktikan investment dalam penerbitan filem tempatan kini sudah mampu memberi pulangan yang amat lumayan. Saya percaya ada syarikat korporat sudah mengintai ngintai utk mencari skrip dan filem yg bagus utk dibiayai. Di Amerika Syarikat mengikut statistik 2016 pendapatan yg disumbangkan oleh industri filem di Amerika Syarikat melebihi pendapatan yang disumbangkan oleh industri automatifnya. Creative industry is a huge business. -Catatan lelaki sedang A post shared by zabidimohamed (@zabidimohamed_penulis) on Sep 17, 2018 at 9:26pm PDT Topik Berkaitan #SKMM #SPRM #FINAS Must-Watch Video Read more