gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Harap Bersabar! Tayangan Avengers: Doomsday & Avengers: Secret Wars Ditunda
KELUANG MAN
Demi Keluang Man, Shweta Kembali Belajar Bahasa Punjabi - “Sejujurnya Saya Lagi Fasih Berbahasa Melayu Berbanding Bahasa Ibunda”
VIRAL
Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Hampir Maut Akibat Tertelan Belon Pada Hari Jadi - “Ketika Itu Peluang Hanya 50-50 Untuk Hidup”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

“Sudah Tiba Masanya Kita Iktiraf Palestin” – Ahli Parlimen UK

gempak
Awani
23/05/2025
07:50 MYT
Sponsor Banner
“Sudah Tiba Masanya Kita Iktiraf Palestin” – Ahli Parlimen UK
Ahli Parlimen Parti Buruh dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Parlimen United Kingdom (UK), Emily Thornberry menyambut baik perubahan yang disifatkannya sebagai pergeseran ketara dalam pendirian kerajaan British terhadap Israel.
Dalam satu wawancara bersama Channel 4 News, Thornberry berkata, kemungkinan untuk mengenakan sekatan terhadap dua menteri sayap kanan Israel, Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich serta penangguhan rundingan perdagangan dengan Tel Aviv, menunjukkan perubahan dasar yang signifikan.
Beliau turut mengecam Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang didakwanya sengaja memanjangkan konflik demi kepentingan politik. “Terdapat perjanjian damai. Kedua-dua pihak telah bersetuju. Tetapi Netanyahu yang menolak untuk menandatanganinya dan memilih untuk meneruskan peperangan.
“Masalahnya, kita kini berdepan seorang pemimpin Israel, setakat yang kami dapat lihat, mahu perang ini berlarutan tanpa penghujung," katanya.
Dalam nada tegas, Thornberry menggesa, kerajaan UK untuk mengiktiraf negara Palestin.
“Sudah tiba masanya kita mengiktiraf negara Palestin,” katanya sambil menambah bahawa persidangan yang dijadualkan berlangsung di New York pada Jun ini, anjuran Arab Saudi dan Perancis, merupakan peluang penting untuk UK dan Perancis memimpin usaha diplomatik baharu ke arah perdamaian.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
#Israel
#Palestin
#Negara
#UK
#Iktiraf
#Ahli Parlimen UK
Must-Watch Video