Sudah Tidak Lagi Sebumbung, Kim K & Kanye West Bakal Bercerai
Amri Hassan
06/01/2021 03:01 MYT
06/01/2021 03:01 MYT
Hubungan Kim Kardashian dan suami, Kanye West kini umpama telur di hujung tanduk!
Pelbagai sumber rapat kepada pasangan itu memaklumkan kepada media antarabangsa Kim K telah mendapatkan khidmat guaman Laura Wasser untuk melancarkan proses perceraian mereka.
"Mereka tidak menggambar-gemburkan tetapi hubungan mereka sudah berakhir.
"Kim K mendapatkan khidmat guaman Laura Wasser dan dalam proses selanjutnya," kata salah satu sumber.
Kim K, 40, dilaporkan sudah tidak lagi menyarung cincin perkahwinannya manakala Kanye, 43, meluangkan masa di ladang miliknya di Wyoming.
"Kim K dan Kanye sudah tinggal berasingan dan menguruskan hal berkaitan perceraian.
"Kini Kim K nekad untuk bercerai kerana dia sudah cukup matang (hal rumah tangga).
"Dia betul-betul serius untuk menduduki ujian dan penilaian bergelar peguam. Manakala Kanye nekad untuk bertanding jawatan presiden," kata sumber itu lagi.
Dalam pda itu, sumber memberitahu Kanye menjadi jelik dengan kehidupan keluarga Kardashian yang terlalu bermegah-megah.
"Dia (Kanye) sudah tidak mahu ada sebarang hubungan dengan keluarga Kardashian," ujarnya.
Kanye pernah memuat naik ciapan di Twitter pada Julai lalu untuk menceraikan Kim K selepas isterinya keluar bertemu dengan penyanyi rap Meek Mill.
Malah, Kanye menggelarkan Kris Jenner sebagai Kris Jong-Un apabila keluarganya cuba menghantar penyanyi itu untuk mendapatkan rawatan sakit jiwa.
Kanye kemudiannya cuba mengelak daripada muncul pada majlis sambutan hari jadi mewah Kim K ke-40 di Tahiti pada Oktober lalu.
Sumber memberitahu, pasangan itu berdepan kesukaran untuk berpisah ekoran aset mewah yang dimiliki mereka bersama di Calabasas, California, Amerika Syarikat.
Pasangan itu telah melaburkan lebih AS$40 juta (RM160 juta) untuk membeli kediaman itu dan AS$20 juta (RM80 juta) untuk proses pengubahsuaian.
Kim K dan Kanye berkahwin pada 2014 di Itali dan memiliki empat cahaya mata, North, 7, Saint, 5, Chicago, 3, dan Psalm, 19 bulan.
Bagaimanapun, wakil daripada kedua-dua pihak Kim K dan Kanye enggan mengulas mengenai khabar angin itu.
Sumber: Page Six