Selepas tayangan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) pada 23 April lalu, ramai penonton yang memberikan maklum balas positif terhadap filem tersebut.

Rata-ratanya berulang kali menonton dan ternyata filem kekeluargaan mampu menambat hati ramai orang.

"@friskayuliasari: Sumpah saya dua kali tonton filem ini."

"@aulia: Esok tonton lagi buat kali kedua."

"@yoshe: Sudah dua kali tonton."

"@snurwulan: Sudah 3 kali tonton! Dan menangis tak henti-henti."

"@yawrrarr: Sudah tonton dua kali tapi nak ulang lagi."



Anda pulak macam mana? Dah tengok ke belum filem NKCTHI?

Jangan lupa untuk sewa Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) di Astro First saluran 480 dan strim On Demand.

Secara eksklusif, buat kali pertama filem NKCTHI ditayang terus di pawagam rumah anda!

NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).

Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.

Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.

Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

BACA: "Sangat Tercabar Untuk Kelihatan 'Natural' Di Depan Kamera" - Rio Dewanto NKCTHI

BACA: "Dia Beritahu Ayahnya Sudah Meninggal Dunia ..." - Nangis Baca Mesej, Rio Dewanto Terharu Watak Dalam NKCTHI Memberi Kesan Kepada Penonton

BACA: Watak Aurora NKCTHI Buat Anak Kedua Terasa, "Rasa Sakitmu Boleh Dirasai"