Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha berkongsikan rasa bahagia selepas dapat menunaikan impian untuk menghadiahi kedua ibu bapanya dengan hadiah yang cukup bernilai.

Melalui kemas kini di Instagramnya petang tadi, Daiyan memberitahu impian membelikan sebuah kereta mewah buat ibu dan bapanya telah tertunai, selaras dengan misi yang ditanamnya sekitar tiga tahun lalu.

Pada kapsyen di Instagramnya dengan tiga keping foto bersama kereta yang dibeli, Daiyan mengatakan cukup gembra kerana setelah beberapa bulan, akhirnya hadiah itu telah selamat sampai ke tangan kedua ibu bapanya.

"Salah satu goal Daiyan memang nak belikan kereta untuk parents at least dalam 2 atau 3 tahun lagi.

"Alhamdulillah despite covid, last year Allah blessed me in abundance. so Daiyan fikir, buat apa postpone kalau untuk parents.

"If there's anything, now is the perfect time to make them feel good and fill their days with joy, because we'll never know what tomorrow is gonna bring, as we live in days of uncertainty," tulisnya.

Tidak melakukan hal tersebut untuk menunjuk nunjuk, sebaliknya Daiyan berkongsi tindakannya membelikan hadiah buat ibu dan bapa sebagai tanda sayang dan bersyukur kerana telah dilahirkan sekaligus dibesarkan oleh mereka.



"Tunjukkan kasih sayang anda kepada mereka dan lakukanlah yang terbaik jika kita mampu untuk 'membayar' mereka semula.

Takkan pernah cukup, tapi at least kita cuba," tulisnya lagi.

Sementara itu, melalui saluran YouTubenya, kereta mewah dari jenama Mercedes Benz itu dihadiahkan Daiyan kepada kedua ibu bapanya sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka. Dia sudah menempah kereta tersebut sejak November tahun lalu.

Instagram: @daiyantrisha