Doktor selebriti, Dr. Amalina Bakri berasa kesal dengan kebanyakkan iklan produk kesihatan dan kosmetik di Malaysia.

Perkara itu diluah Amalina menerusi beberapa status di akaun Twitter miliknya.

Amalina menyatakan bahawa ramai wanita di Malaysia masih terperangkap dengan anggapan mereka akan ditinggalkan suami jika tidak menjaga kecantikan dalaman.

"Sudah-sudahlah dengan iklan jom jadi putih, jom besarkan payudara, jom rapatkan vagina, jom makan jamu kalau tak suami lari.

"It's very demeaning to women and patronising, and ladies you let them to do that to you?

"Bila nak bangkit dari mimpi di siang hari?" tulisnya.

Selain itu, Amalina turut berpendapat bahawa kaum lelaki turut harus menjaga kebersihan dan kecantikan dalaman.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi positif dan menyokong kenyataan Amalina.

Kembara Amalina bermula apabila dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2004 dan memperoleh tajaan Bank Negara Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara.

Amalina, 31, merupakan graduan University of Cambridge dan telah meraih pelbagai pengiktirafan di pelbagai universiti terkemuka antarabangsa.