Berita
Sudahlah ikat kaki dan tangan, Ibu Biarkan Anak Usia Enam Tahun Diserang “Pitbull” Sebagai Denda
Hanya berusia enam tahun,tidak mempunyai kudrat untuk melawan namun tegarnya hati seorang ibu mengenakan hukuman dengan mengikat kaki dan tangan kanak-kanak tersebut.
Lebih menyayat hati, ibu kepada kanak-kanak malang itu, Angelina Williams membiarkan anaknya itu diserang oleh anjing Pitbull.
Angelina tidak melakukan perkara itu berseorangan dia turut dibantu oleh teman lelakinya, Taylor Desiree Marvin-Brown untuk mengikat anak kecil tersebut sebelum membiarkan pitbull menyerangnya.
Kejadian tersebut telah berlaku di rumah saudara lelaki Williams iaitu Robert Michalski, yang juga merupakan anjing pitbull tersebut.
Pejabat Syerif daerah Ashland menerima laporan pada jam 5.06 petang pada 17 Ogos lalu dan sejurus pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian kanak-kanak itu sudah berada dalam keadaan kritikal dengan kecederaan serius di leher dan telinga.
Sejurus kanak-kanak itu diselamatkan dia terus diterbangkan ke hospital melalui Life Flight bagi mendapatkan rawatan segera.
BERITA TRENDING: Baru Nak Melepas Hajat, “Adik” Pula Digigit Ular
BERITA TRENDING: Lelaki Rusia Cedera Selepas Cubaan Merogol Seekor Lembu Betina
BERITA TRENDING: 'Allahuakbar, Kau Buat Apa Dengan Anak Buah Aku!'
BERITA TRENDING: Kes Dera Anjing, Pendera Rupa-Rupanya Figura Terkenal, Penyelamat Pula Dituduh Menculik? - "Padahal Dia Yang Rela ..."
BERITA TRENDING: ‘Thor’ Buat Kejutan Muncul Di Konsert Ed Sheeran, Main Dram Depan 70,000 Penonton
Siasatan lanjut membawa kepada penemuan bukti yang menyokong dakwaan tersebut, apabila Robert Michalski bersama anjing pitbullnya ditemui bersembunyi di bahagian atas rumah dalam satu ruang kecil.
Mereka kini ditahan di Penjara Daerah Ashland dengan ikat jamin wang tunai atau bon keselamatan antara $150,000 (RM651,600) hingga $300,000 (RM1.3 juta)
Ketiga-tiga suspek menghadapi tuduhan jenayah atas kesalahan membahayakan kanak-kanak dengan menjalankan "hukuman fizikal" yang melampau.
Must-Watch Video