Pendatang baru, Azam Smile bakal mempertaruhkan muzik bergenre pop rock di dalam single pertamanya.

Azam Smile atau nama sebenarnya Mohd Azam Abidin, 29, berkata, genre muzik yang dibawanya ini mudah diterima dan difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.

"Untuk single pertama ini saya mengenengahkan genre muzik pop rock.

"Ia merupakan genre muzik yang mudah untuk diterima oleh orang ramai kerana jika hendak diikutkan, trend muzik masa kini ramai orang menyukai genre yang berkonsepkan pop rock ini.

"Masyarakat masa kini lebih suka dengan genre muzik yang dekat dihati mereka dan single pertama saya ini mempunyai ciri-ciri seperti itu.

"Orang ramai kini lebih suka dan terdorong kepada muzik ala 90an," katanya kepada Astro Gempak.

Azam berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya 'Sudahlah Sayang', di Warner Muzik, Damansara, di sini pada Selasa.

Tambah Azam, single terbaharunya 'Sudahlah Sayang' ini merupakan ciptaan sepenuhnya daripada komposer Aiman atau dikenali sebagai Zul 2by2.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi