Laman Utama
“Sudilah Undi Saya Supaya Masih Boleh Belajar Di Pentas Big Stage…” – Iqbal Kembali Dengan Semangat Baru
Peserta Big Stage, Ahmad Iqbal Zulkefli mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat buat dirinya.
Iqbal berkata, selepas apa yang berlaku, dia mendengar suara-suara semangat yang tidak mahu dirinya terus mengalah.
Oleh itu, Iqbal berkata dia kembali dengan semangat baru dan berharap agar ada yang sudi mengundi supaya dapat terus belajar di pentas Big Stage.
“Terima Kasih, ternyata saya tidak keseorangan. Sudilah undi saya supaya saya masih boleh belajar di pentas Big Stage.
“Setelah apa yang terjadi, saya mendengar suara suara semangat yang tidak mahu saya terus mengalah.
“Saya mahu lama lagi di dalam ini bersama kalian. Tolong doakan saya. Senang bekerjasama dengan kalian semua.
“Teman saya semua, tolong doakan esok saya lakukan yang terbaik. Sebaik yang boleh saya lakukan. Saya bawa semangat baru kerana sokongan dan kata semangat dari kalian.
“Sudilah undi saya supaya saya masih boleh belajar di pentas Big Stage,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Hantaran tersebut sekaligus menolak spekulasi kononnya Iqbal bakal menarik diri daripada pentas Big Stage minggu ini.
Terdahulu Iqbal mengakui terkesan dengan tohmahan yang dilempar terhadapnya, dan menjelaskan akan mengundurkan diri daripada program tersebut.
“Saya akan mengundurkan diri, jangan risau. Untuk minggu kedua nanti, kemungkinan besar akan menjadi minggu terakhir saya berada di pentas BS3.
“Biar apa yang terjadi, saya hanya ingin selesaikan tanggungjawab sahaja,” katanya dalam satu hantaran Instagram sebelum ini.
Selain Iqbal, Big Stage 2022 diserikan dengan peserta-peserta seperti Tegar Septian, Ajoi Zainal, Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Iqbal Zulkefli, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla dan Syafiq Abdilah (Brunei).
Big Stage 2022 bersiaran bermula pada setiap Ahad, jam 9 malam secara langsung di Pusat Konvensyen, Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan ditayangkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Go.
Must-Watch Video