,
Hiburan

Sufian Suhaimi Hadiri Kursus Kahwin, Bakal Akhiri Zaman Bujang Tak Lama Lagi?

Amri Hassan
28/08/2020
23:45 MYT
Penyanyi Sufian Suhaimi mendedahkan dia telah menghadiri kursus pra perkahwinan pada 15 Ogos lalu di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Kata Sufian, 28, kursus pra perkahwinannya itu bukan petanda dia bakal menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh terdekat.
"Baru-baru ini saya menghadiri kursus pra perkahwinan. Waktu PKP ini banyak masa saya gunakan untuk mengenali diri sendiri berbanding kenal orang lain.
"Ada banyak perkara yang saya lakukan daripada sudut rohani dan jasmani.
"Kawan-kawan saya sudah ramai berkahwin terutama teman serumah zaman belajar, saya saja belum berkahwin dan apa yang belum cukup untuk berkahwin ialah kursus pra perkahwinan.
"Bukan sebab nak kahwin. Kursus kahwin ini majlis ilmu daripada tak buat apa-apa untuk ingatkan semula apa yang kita pernah belajar dahulu," katanya kepada Gempak.
Sufian ketika ditemui di pejabat urusan Aries Music di Cheras, Selangor pada Jumaat turut memberitahu dia tidak tertekan apabila diajukan soalan berkaitan rumah tangga.
"Saya tidak tertekan sebab saya tahu Allah telah susunkan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.
"Saya bersyukur apa rezeki yang ada, mungkin tak dapat rasa rezeki punyai isteri dan anak-anak tapi saya dapat rezeki lain. Mungkin waktu saya belum lagi," tambahnya.
Dalam pada itu, Sufian antara tiga penyanyi tempatan yang mendapat anugerah 2020 Mid Year JOOX Top Music Awards tahun ini menerusi lagu Janji.
"Saya sendiri pun terkejut kerana tidak menyangka lagu Janji mendapat jumlah penstriman tertinggi.
"Lagu itu sejujurnya antara single yang saya sendiri tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi mana-mana anugerah pun," ujarnya.
Selain Sufian, dua buah lagu tempatan yang mendapat anugerah terbabit adalah lagu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Naim Daniel.
Dua buah lagu lain merupakan lagu dari penyanyi antarabangsa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Hiburan

Riena Diana, Keith Foo Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin - “Masih Dalam Perbincangan, Kami Dah Bersedia Cuma…”

gempak
02/09/2024
09:25 MYT
Pasangan selebriti, Riena Diana dan Keith Foo akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Viral

Bersalin Cara Czer, Suami Ugut Isteri Nak Kahwin Lain - "Tak Nak I Dapat Wife Rosak"

gempak
27/08/2024
11:55 MYT
Tidak semua suami mampu menghargai pengorbanan seorang isteri.
Hiburan

Sarah Hildebrand Beri Bayangan Kembali Berhijab & Sudah Berkahwin Dengan Jejaka Mat Salih?

gempak
26/08/2024
05:25 MYT
Pelakon, Sarah Hildebrand baru-baru ini telah memuat naik gambarnya yang kembali bertudung dan bersama seorang jejaka ‘mat salih’.
Hiburan

Lee Minho Cadang Berkahwin - "Saya Rasa Sudah Tiba Masanya Untuk Saya ..."

gempak
25/08/2024
13:55 MYT
Pelakon lelaki Korea terkenal, Lee Minho menyatakan bahawa dia ingin mempunyai keluarganya sendiri pada masa hadapan.