Laman Utama
Sufian Suhaimi Mahu Tamat Zaman Bujang, Tapi Tidak Buru-Buru - “Saya Dah Ready, Ada Jodoh, Jalan!”
Penyanyi Sufian Suhaimi sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya pada bila-bila masa sahaja jika bertemu dengan seorang gadis yang memenuhi ciri-ciri idamannya.
Menurut Sufian, 29, dia cukup gembira dengan kehidupannya sekarang yang dikelilingi oleh keluarga, kawan-kawan,kerjaya dan sudah terbit rasa untuk mendirikan rumah tangga.
“Saya dah ready, anytime to go. Ada jodoh, ada restu ibu bapa, ada keserasian, insya-Allah jalan.
“Saya sangat happy dengan kehidupan sekarang, sangat seimbang dari segi kawan-kawan, keluarga, kerjaya, saya takde rasa terburu-buru tapi rasa berkeinginan tu ada la.
“Saya tak kisah artis atau orang biasa. Kalau sesuai, serasi, kita jalan je. Saya mahu seseorang yang bila bersama tu, rasa bahagia, tak terbeban, saling mengcukupi dan sedap kata memandang,” ujar Sufian ketika ditemubual.
Sufian ditemui pada majlis resepsi pernikahan penyanyi Haqiem Rusli dan pasangan Anis Sofea yang diadakan di SkyGlass Designer Event Hall, Cyberjaya pada Jumaat.
Tambah Sufian lagi, tidak timbul sebarang rasa cemburu atau kurang melihat seorang demi seorang rakan baiknya dalam industri bertemu jodoh.
“Saya gembira melihat sorang-sorang rakan industri menamatkan zaman bujang, meneruskan fasa seterusnya dalam kehidupan, ini antara rezeki mereka dan saya suka melihat rakan-rakan saya dikurniakan rezeki yang baik-baik.
“Bagi saya, Tuhan itu sangat adil. Dia bagi rezeki yang seimbang untuk semua. Ada orang bertemu jodoh awal, ada yang dapat rezeki kerjaya yang baik, keluarga dan kawan-kawan yang baik.
“Jadi hari ini saya tiada perasaan lain selain daripada gembira dan saya mendoakan segala kebaikan buat Haqiem dan pasangan,” jelasnya lagi.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video