Skip to main content

Berita Tempatan

Sufie Rashid Bakal Bernikah Pada 21 September Ini

sufirashidnikah.jpg
Penyanyi Sufie Rashid memberitahu bakal menamatkan zaman bujangnya dengan tunang, Nurulain Md Yusof pada 21 September ini.

Kata Sufie kepada Gempak, majlis pernikahannya itu akan diadakan di Kuala Lumpur diikuti majlis bersanding pihak perempuan pada keesoakan harinya, 22 September 2019.

Sebuah majlis persandingan turut bakal diadakan di sebelah pihaknya di Singapura pada 28 September depan.

“Alhamdulilah, setakat ini persiapan sudah pun siap dalam 70 peratus.

“Insya-Allah kami akan bernikah pada 21 September ini dan bakal bersanding keesoakan harinya untuk majlis di pihak sebelah perempuan.

“Selepas itu seminggu kemudian sebuah majlis perkahwinan bagi pihak saya akan diadakan pada 28 September depan,” katanya.

Juara Akademi Fantasia 2015 itu ditemui ketika majlis Pelancaran Muzik Seru Hari Lebaran untuk album Sempurna Seadanya yang diadakan di Kita@Cybersouth Sales Gallery, Cybersouth petang semalam.

Mengulas mengenai perasaannya kini, Sufi memberitahu dia agak tertekan dengan persiapan perkahwinan.

“Sebelum ini, saya hanya dengar sahaja orang kata buat persiapan perkahwinan ini agak tertekan.

“Bila saya sendiri laluinya saya akui memang agak stress kerana banyak perkara kita perlu lakukan dengan teliti demi menjayakan sebuah majlis yang terbaik untuk tetamu.

“Saya juga mendapat tajaan perkahwinan tetapi saya tidak mengambil semuanya kerana pada saya untuk makanan biarlah saya keluarkan duit sendiri kerana niat kita hendak menjamu tetamu di hari bahagia kita,” katanya lagi.

Sufie dan Ain bertunang pada 15 Disember di kediaman pihak perempuan di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.
 

Advertisement

Must-Watch Video