Skip to main content

Sugul & Bersendirian Tiba Di Mahkamah, Da'i Syed Harap Keputusan Terbaik

astrogempak_dai.png

Pendakwah selebriti, Da'i Syed sempat memberi salam kepada media ketika dia hadir hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini setelah dibebaskan sementara dari Penjara Kajang dua bulan lalu.

Da'i Syed yang tiba pukul 9 pagi lengkap bersut bagaimanapun dilihat menaiki anak tangga berseorangan tanpa ditemani isterinya Hana Ismail berbanding sebelum ini.

"Hana ada.. Hana ada," itu kata ringkas Da'i ketika ditanya mengenai kehadiran Hana.
 
Pendakwah  terkenal itu juga turut menitipkan harapan agar keputusan mahkamah pada pagi ini yang terbaik buat dirinya.

"Saya harapkan yang baik-baik untuk diri saya," katanya sambil tersenyum.

Sebelum ini, permohonan peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, berjaya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan hingga rayuan didengar dan diputuskan.

Keputusan itu diputuskan Hakim Datuk Aslam Zainuddin.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019 lalu.

Atas kesalahan itu, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 10 April tahun lalu, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.

Must-Watch Video

Advertisement