Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Sugul & Bersendirian Tiba Di Mahkamah, Da'i Syed Harap Keputusan Terbaik

Ernalisa
05/11/2024 01:55 MYT
Pendakwah selebriti, Da'i Syed sempat memberi salam kepada media ketika dia hadir hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini setelah dibebaskan sementara dari Penjara Kajang dua bulan lalu.

Da'i Syed yang tiba pukul 9 pagi lengkap bersut bagaimanapun dilihat menaiki anak tangga berseorangan tanpa ditemani isterinya Hana Ismail berbanding sebelum ini.

"Hana ada.. Hana ada," itu kata ringkas Da'i ketika ditanya mengenai kehadiran Hana.

Pendakwah terkenal itu juga turut menitipkan harapan agar keputusan mahkamah pada pagi ini yang terbaik buat dirinya.

"Saya harapkan yang baik-baik untuk diri saya," katanya sambil tersenyum.

ARTIKEL BERKAITAN: “Moga Allah Angkat Musibah Kita…” - Hana Ismail Titip Ucapan Hari Lahir Buat Suami, Syed Iqmal

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Guna Masa Bersama Keluarga, Hana Ismail Terima Banyak Sokongan Berbanding Kecaman - “Sebab Ihsan Kami Tinggi & Berkelakuan Baik…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat Layanan Baik Sepanjang 21 Hari Dalam Penjara, Da’i Syed Sempat Berdakwah & Ajar Mengaji - “Pengalaman Begitu Pahit, Gelap Hidup Saya Masa Itu…”

Sebelum ini, permohonan peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, berjaya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan hingga rayuan didengar dan diputuskan.

Keputusan itu diputuskan Hakim Datuk Aslam Zainuddin.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019 lalu.

Atas kesalahan itu, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 10 April tahun lalu, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.

#Mahkamah #Da'i Syed #Kes rogol #Hana Ismail
;