Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Suhaimi Saad Hidap Sakit Mata Kronik, Guna Tongkat Untuk Berjalan - "Selain Hospital, Saya Teruskan Rawatan Tradisional"

Amri Hassan
05/11/2020 03:10 MYT
Bekas penyanyi kumpulan nasyid InTeam, Suhaimi Saad berdepan masalah kesihatan apabila menghidap sakit mata kronik sejak setahun lalu.

Kata Suhaimi, 40, dia memerlukan bantuan isterinya, Ina Naim dalam urusan harian ekoran masalah kesihatan yang menyebabkan matanya rabun.

"Saya mengalami masalah mata ini sejak tinggal di ibu negara lagi. Selain isteri, saya juga menggunakan tongkat untuk berjalan.

"Saya masih masih mendapatkan rawatan susulan di hospital selain meneruskan rawatan secara tradisional untuk mengubati mata ini," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Suhaimi yang menetap di Kelantan sejak tiga tahun lalu itu turut dibantu oleh keluarga angkat dalam urusan harian.

"Kami sekeluarga bahagia tinggal di Kelantan. Kami mempunyai keluarga angkat yang banyak membantu dan sentiasa memberi sokongan meskipun kami jauh daripada keluarga di Pahang dan Johor," tambahnya.

#layan

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial) on


Menurut Suhaimi, keempat-empat anaknya bersekolah di rumah (home schooling) dengan isterinya berperanan sebagai guru.

Selain itu Ina Naim juga bergelar peniaga barangan kosmetik dan pakaian secara dalam talian selain menerima tempahan menyediakan makanan bagi membantu menambah pendapatan keluarga.

Suhaimi dan Ina Naim dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 12, Sallman El-Khoyri, 10, Phyrosh Elfadwah, 8, dan Nurlayla Elghufrony,6.

Sumber: Kosmo!
#Suhaimi Saad #Ina Naim #Sakit Mata
;