Suhaimi Sulaiman Dedah Perlawanan Badminton Antara Israel & Nepal Tiada Dalam Playlist Saluran
Gempak
02/08/2024 23:55 MYT
02/08/2024 23:55 MYT
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman memberitahu yang Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak pernah merancang untuk menyiarkan perlawanan badminton yang melibatkan atlet Israel menentang Nepal pada Rabu lalu.
Menerusi perkongsian di media sosial, beliau menjelaskan yang hal itu berlaku apabila ada kekosongan siaran antara acara hoki dan juga judo menerusi playlist saluran.
Ia terjadi susulan acara perlawanan hoki tamat lebih awal daripada yang telah dijadualkan. Sementara itu, perlawanan judo pula masih belum bermula.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya percaya kepada staf-staf saya di unit sukan, mereka adalah profesional dan mereka tidak akan pernah melakukan perkara sebegitu.
Playlist
"Sepatutnya, apa yang keluar di Saluran 4 itu adalah perlawanan hoki diikuti dengan judo dan memang tidak ada dalam playlist itu badminton.
"Tapi apa yang berlaku adalah, perlawanan hoki itu habis awal dan judo belum bermula jadi ada 'black' dalam itu dan pengurusan tidak mahu ada 'black' jadi mereka masukkan sahaja perlawanan badminton. Yang itu lah Israel lawan Nepal.
ARTIKEL BERKAITAN: “Perlawanan Badminton Israel Lawan Nepal disiarkan Secara Tidak Sengaja”- RTM
ARTIKEL BERKAITAN: Pengulas Sukan Raih Pujian Netizen Lepas ‘Palau’ Kemunculan Atlet Israel Pada Pembukaan Olimpik 2024
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Shooter Korea, Kim Yeji Digelar Kang Cheol Versi Wanita - “Swag! Teringat K-Drama W Two Worlds”
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Tiada Rezeki Ke Final, Netizen Tetap Ucap Terima Kasih Pada Pearly Tan & M.Thinaah - “The Best So Far! Game Mantap, Fight Sampai Habis”
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Atlet Wanita Itali Tarik Diri, Dakwa Petinju Algeria Seorang Lelaki
"Tapi apa yang berlaku adalah, perlawanan hoki itu habis awal dan judo belum bermula jadi ada 'black' dalam itu dan pengurusan tidak mahu ada 'black' jadi mereka masukkan sahaja perlawanan badminton. Yang itu lah Israel lawan Nepal.
"Tetapi rakan-rakan saya di unit sukan sangat cepat, mereka membawa turun perlawanan itu kurang dari lima minit. Jadi, itulah cerita sebenarnya," jelasnya.
Terdahulu, perlawanan antara negara zionis itu menentang negara Nepal disiarkan secara tidak sengaja menerusi saluran Siaran Olimpik 4 di RTMKlik pada Rabu.
Menerusi kenyataan yang disiarkan pada khamis, Suhaimi berkata, RTM bertindak menyiarkan acara bola baling selepas kejadian itu berlaku.
Sumber: Platform X
Menerusi kenyataan yang disiarkan pada khamis, Suhaimi berkata, RTM bertindak menyiarkan acara bola baling selepas kejadian itu berlaku.
Sumber: Platform X