Penyanyi Haiza Hanafi menegur sikap segelintir pemilik restoran yang mengambil mudah mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani COVID-19.

Haiza meluahkan kekecewaannya itu menerusi coretan di akaun Instagramnya selepas membaca laporan yang diterbitkan sebuah akhbar berkenaan bacaan suhu badan pelanggan tidak tepat.

“Siapa nak jawab? Pergi restoran suhu 35.3 atau bawah 36 darjah selsius.Pelik!!

“Ni pengalaman doktor sendiri yang ke restoran terkejut melihat suhu yang dicatatkan dibuku.

“Jika suhu tak tepat,bagaimana nak tahu pelanggan itu sihat atau tidak?” luahnya.

Dalam pada itu, Haiza juga turut menasihati pemilik premis perniagaan supaya mengambil serius mengenai perkara ini.

“Pihak premis perniagaan kena ambil serius perkara ini. Dapatkan termometer atau alat pengukur suhu yang sah dan bukan Asal Murah Onz. Tak boleh berkompromi dengan COVID-19!!” tegurnya.

Siapa nak jawab? Pegi restoran suhu 35.3 atau bawah 36 darjah selsius.Pelik!! Ni pengalaman doktor sendiri yang ke restoran terkejut melihat suhu yang dicatatkan dibuku.. Jika suhu tak tepat,bagaimana nak tahu pelanggan itu sihat atau tidak? Pihak premis perniagaan kena ambil serius perkara ini.Dapatkan termometer / alat pengukur suhu yang sah dan bukan Asal Murah Onz.Tak boleh berkompromi dengan COVID-19!! @beritaharian @kkmm_gov @myhealthkkm @mkn_rasmi

A post shared by حيزا (@haizahanafi) on


Menerusi ruangan komen, penyanyi Nourul Depp juga berkongsi pengalaman yang sama.

“Thermometer depa rosak kot no. Akak kena sekali. Anak dah demam naik 38 tapi thermometer tu dok kata 37.

“Aku pungai kepaih tu sebab anak kena tarik! Kena tengok brand thermometer. Ada yang digital tapi kualiti tak okay. Dia pick up suhu luaq. (My opinion dari pengalaman mak mak. Baca baik baik),” kongsinya.

Terdahulu, situasi terkini COVID-19 agak membimbangkan selepas kes Kluster Sivagangga menular.