Hiburan

Suka Baca Cerita Sejarah, Lee Jong Suk Idam Watak Bangsawan

gempak
Mya Amri
18/11/2016
09:11 MYT
Sponsor Banner
Suka Baca Cerita Sejarah, Lee Jong Suk Idam Watak Bangsawan
Pelakon Korea popular, Lee Jong Suk menyuarakan hasratnya untuk melakonkan watak sebagai seorang bangsawan.
Menurut Lee Jong Suk, dia gemar membaca cerita mengenai kisah sejarah dan perkara itu membuatkan dia tertarik untuk melakonkan watak tersebut.
“Saya sangat suka membaca tentang kisah sejarah lampau dan kalau diberi peluang saya ingin melakonkan watak sebagai seorang bangsawan.
“Sebagai contoh watak general Lu Bu daripada Three Kingdoms iaitu seorang pahlawan yang sangat digeruni dalam sejarah.
“Selain disebabkan jalan penceritaan sejarah yang menarik, saya juga ingin mencabar kemampuan sebagai pelakon dengan membawakan watak berlainan dengan apa pernah saya lakonkan sebelum ini,” katanya.
Lee Jong Suk berkata demikian ketika hadir untuk acara ‘2016 Lee Jong Suk Fanmeeting Variety’ yang berlangsung di Megabox Convention Centre, BigBox di Jurong, Singapura, Sabtu lalu.
Dalam pada itu, berbicara mengenai kerjayanya sebagai seorang pelakon, Lee Jong Suk memberitahu dia kini masih lagi dalam proses pembelajaran walaupun sudah hampir lima tahun berada dalam industri seni.
“Lima tahun berada dalam insdustri saya rasa belum cukup lagi ilmu yang saya dapat. Boleh dikatakan saya masih lagi dalam proses pembelajaran.
“Saya sangat kagum dengan pelakon-pelakon senior dan sering meminta pendapat kepada mereka mengenai perkara-perkara berkaitan industri seni.
“Saya bersyukur kerana mereka banyak membantu saya dan perkara itu juga membuatkan saya lebih bersemangat,” ujarnya.
Sementara itu, pelakon berusia 27 tahun ini juga menyatakan rasa terharu melihat ramai peminat yang hadir memberikan sokongan kepadanya.
“Ini kali pertama saya datang ke Singapura, terima kasih kerana sudi hadir untuk bertemu dan memberikan sokongan kepada saya.
“Kalau boleh syaa ingin tinggal lebih lama di sini tapi memandangkan jadual saya agak ketat nampaknya hasrat saya tidak kesampaian.
“Tapi tak mengapa, saya janji akan kembali lagi ke sini, gembira dan terharu dapat bertemu anda semua. Terima kasih sekali lagi,” katanya tersenyum.
Kepada peminat Lee Jong Suk, jangan lupa saksikan drama W-Two World yang ditayangkan setiap Ahad, jam 12.25 tengahari di Oh!K (saluran 394).
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live