Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Suka Bagi Netizen Buat Dosa Kering ..." - Izreen Azminda Belum Berpurdah

Zulaikha Yusof
23/10/2020 04:15 MYT
Pelakon Izreen Azminda menafikan dakwaan beberapa buah blog yang mengatakan dia kini sudah berpurdah.

Jelas Izreen, 35, foto memakai khimar yang dimuat naik di Instagram (IG) sekadar untuk perkongsian.

"Bila masa kami kata kami berpurdah ni. Ada ni ha sama ja macam dulu. Blog blog ni haish malaih cakap la.

"Sat gi tambah dosa kami ja. Suka bagi netizen buat dosa kering.

"Semalam tu kami nak kongsi dengan ampa ja khimar tu selesa. Kongsi benda baik tak salahkan ampa," tulisnya di Instagram (IG).

Bila masa kami kata kami berpurdah ni.. Ada ni ha sama ja mcm dulu.. Blog blog ni haish malaih cakap la..sat gi tambah dosa kami ja.. Suka bg netizen buat dosa kering ? Semlm tu kami nk share ngan ampa ja KHIMAR tu selesa.. Share benda baik tak salahkan ampa?.. Okay ni kami nk share lagi baju kami hari ni dari @mawarcotton warna lawa .. kain pun selesa.. Mcm2 lagi kalau ampa p tgk kat ig depa.. Rambang biji mata uitsss... Love @mawarcotton @mawarcotton @mawarcotton ???

A post shared by I.Z.R.E.E.N A.Z.M.I.N.D.A (@izreen.azminda) on


Menerusi entri memakai khimar, pelakon drama Kak Marr Raya itu menyatakan dia dalam proses berusaha untuk menjadi insan lebih baik.

"Post macam ni tak menunjukkan kami baik, tapi kami sentiasa berusaha untuk berubah ke arah dan jalan yang diredhaiNya. Insya-Allah.

"Kami masih sama takda perubahan apa-apa dari segi pakaian sebelum ni. Kami masih pakai mcm dulu lagi," tulisnya lagi.

Sebelum ini, pengacara Neelofa membuat keputusan untuk mengenakan niqab dan penampilan baharunya itu telah mendapat pujian ramai.

BACA: Neelofa Tampil Mengenakan Niqab - "Kirimkan Doa Buat Perjalanan Baharu Saya"​

#Izreen Azminda #Purdah #Khimar
;