Tidak disangka, rupanya lapangan terbang merupakan lokasi mengecas telefon awam yang paling bahaya ketika ini.

Menurut laporan dikeluarkan Business Insider, bahaya yang dimaksudkan bukanlah berkaitan isu letupan atau kebakaran.

Tempat mengecas di lapangan terbang sebaliknya berisiko untuk digodam oleh penjenayah siber.

Difahamkan, penjenayah ini mampu menggodam telefon anda menggunakan perisian Malware yang membolehkan mereka mengakses data peribadi pemilik.

Walaubagaimanapun, penjenayah ini hanya boleh menggodam sekiranya pengguna menggunakan tempat pengecasan jenis USB.

Oleh demikian, penggunakan dinasihat untuk membawa soket ataupun powerbank sendiri.

Bagi anda yang gemar mengecas di lapangan terbang, anda perlulah mengentikan habit berkenaan sebelum terlambat.

Sumber: Business Insider