Berita
"Suka Hatilah Siapa Nak Letak Update Done Terawih, Done Solat, Done Iftar, Done Sahur Ke Apa..." - Damian Mikhail
Penyanyi yang juga penceramah bebas, Damian Mikhail Seet berpandangan sikap segelintir individu yang memuat naik gambar bersama status 'done' terawih dan 'done' bukan perkara yang perlu dijadikan isu.
Ujarnya, status dengan 'hashtag' sebegitu adalah lebih baik dibandingkan dengan maksud perkataan lain yang menjurus pada perbuatan negatif.
"Asalkan jangan letak done maksiat ke, done dosa ke, done syirik ke, done bidaah ke. Ok la Tu. Fair," katanya menerusi status di Instagramnya, @damianmikhailmusic.
Damian yang merupakan bekas anggota VE juga seorang mualaf turut aktif dalam mengadakan ceramah agama.
Dia sering menggunakan media sosial khusunya Instagram sebagai platform untuk berkomunikasi dengan pengikutnya sambil berdakwah.
Dalam status yang sama, Damian juga mengucapkan selamat berpuasa pada pengikutnya sambil meletakkan 'hashtag' #donedakwah.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak