Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Suka Sakitkan Hati Sesama Perempuan" - Beby Tora Dedah Sering Dibuli Kaum Sendiri

Asraf Aided
22/07/2020 11:04 MYT
Selebriti media sosial yang terkenal dengan video ulasan makanan, Beby Tora akui terkesan dengan kritikan negatif dari segelintir pihak terhadap dirinya.

Kata Tora, dia tersinggung kerana kritikan yang diberikan itu sering melibatkan aspek fizikalnya.

Lebih menyedihkan, kebanyakan komen sebegitu dikatakan datang dari kaum wanita.

"Aku tau lah, aku ni tak cantik, tak comel, tak elok macam korang.

"Tapi korang kena ingat, aku ni ada hati dan perasaan, mulut tu kena jaga, tambah-tambah lagi kita ni perempuan.

"Sekurang-kurangnya, orang di sekeliling yang mengenali aku, bahagia saja dengan aku, daripada korang yang suka menyakitkan hati orang lain, sesama perempuan, korang memang takda perasaan," katanya menerusi sebuah video yang dikongsi di Instagram.

Sementara di ruangan kapsyen, pemilik nama sebenar Atierah Zulfatie ini mengatakan dia menggunakan media sosial sebagai platform untuk mencari rezeki dan akan berhenti melakukannya suatu hari nanti.

"Biarlah saya gunakan platform ini untuk mencari rezeki, sampai suatu masa, saya pun akan berhenti buat video," tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Beby Tora meninggalkan komen positif dan memberikan kata-kata semangat buatnya.

smoga Allah trus beri kkuatan untuk mncri rezeki halal .saya mohon kepada prempuan di luar sana ,jaga la mulut anda baik2 ..jangn sakitkan hati orang lain ..kerana mulut badan binasa . ❤️ biarlah saya gunakan platform ni untuk mncri rezeki .smpai satu masa ,saya pun akan stop buat video ..

A post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on


Beby Tora mempunyai lebih setengah juta pengikut di laman Instagram dan telah mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Apit Johari pada 1 Mac lalu.






#Media Sosial #Beby Tora
;