Skip to main content

Budaya Popular

Suka Sangat Makan Pedas, Usus Tyzo Hampir Bocor - "Sebelum Ini Memang Selalu Sakit Perut, Tapi Biar Je"

whatsapp-image-2024-09-04-at-5-31-48-pm-(2).jpeg

Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui ingin untuk berkeluarga dan punyai isteri buat menemaninya ketika waktu sukar terutama sakit.

 
"Kalau ada jodoh saya tak tolak sebab saya pun manusia biasa," katanya kepada Gempak.
 
Tyzo kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota dan menjalani pemeriksaan endoskopi selepas mengadu sakit perut beberapa hari lalu.
 
Bercerita mengenai kesihatannya, Tyzo akui menyesal kerana melengah-lengahkan rawatan hingga mengakibatkan dia dimasukkan ke hospital.
 
Tyzo berkata sebelum ini dia hanya manahan diri setiap kali diserang sakit dibahagian perut.
 

 
"Sampailah semalam saya betul-betul tak dapat tahan sakit dan ambil keputusan pergi ke hospital. Sebab dalam hati saya ' tak boleh ni sakit sangat..memang tak boleh tahan.'
 
"Sampai-sampai dekat hospital kena tahan dan doktor maklumkan saya kena buat scan dalam perut. Bila dah selesai semua doktor bagi tahu nasib baik saya datang hospital segera.
 
"Sebab hasil bacaan saya sakit perut macam ni boleh buat usus kita bocor kalau dibiarkan terlalu lama," ujarnya.
 
Tyzo yang dijaga kakaknya ketika di hospital juga berkata, dia kini terpaksa membataskan beberapa aktiviti buat sementara waktu namun akan kembali bekerja tidak lama lagi.

Must-Watch Video

Advertisement