Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Suka Sangat Makan Pedas, Usus Tyzo Hampir Bocor - "Sebelum Ini Memang Selalu Sakit Perut, Tapi Biar Je"

Ernalisa
04/09/2024 09:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui ingin untuk berkeluarga dan punyai isteri buat menemaninya ketika waktu sukar terutama sakit.

BERITA BERKAITAN : Wow! Nadhir, Arabella & Mierul Berlakon Dalam Drama Adaptasi Dari Jepun! | Singgah Set

BERITA BERKAITAN : Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”

BERITA BERKAITAN : Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

BERITA BERKAITAN : Pecahkan Rekod Larian 100 Meter, Anak Rita Rudaini Dipuji Cemerlang - "Hebat! Main Bola Pandai, Belajar Pun Bijak"

Jelas Tyzo atau nama sebenarnya Suffian Amrin, niat itu diluahkan apabila dirinya kini sedang dirawat di hospital akibat mengalami sakit perut melampau baru-baru ini.


"Betul. Itu normal. Bila kita seorang diri dan kita sakit mesti kita terfikir itu semua. Memang kita akan rasa nak ada orang jaga kita. Tapi jodoh itu belum ada.


"Kalau ada jodoh saya tak tolak sebab saya pun manusia biasa," katanya kepada Gempak.

Tyzo kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota dan menjalani pemeriksaan endoskopi selepas mengadu sakit perut beberapa hari lalu.

Bercerita mengenai kesihatannya, Tyzo akui menyesal kerana melengah-lengahkan rawatan hingga mengakibatkan dia dimasukkan ke hospital.

Tyzo berkata sebelum ini dia hanya manahan diri setiap kali diserang sakit dibahagian perut.

"Sebelum ini memang saya selalu kena sakit perut macam gastrik gitu. Tapi saya fikir mungkin sebab saya suka makan pedas atau makan tak jaga sangat.


"Sampailah semalam saya betul-betul tak dapat tahan sakit dan ambil keputusan pergi ke hospital. Sebab dalam hati saya ' tak boleh ni sakit sangat..memang tak boleh tahan.'

"Sampai-sampai dekat hospital kena tahan dan doktor maklumkan saya kena buat scan dalam perut. Bila dah selesai semua doktor bagi tahu nasib baik saya datang hospital segera.

"Sebab hasil bacaan saya sakit perut macam ni boleh buat usus kita bocor kalau dibiarkan terlalu lama," ujarnya.

Tyzo yang dijaga kakaknya ketika di hospital juga berkata, dia kini terpaksa membataskan beberapa aktiviti buat sementara waktu namun akan kembali bekerja tidak lama lagi.

#Sakit #makan #Pedas #Perut #Suka #Punca #Tyzo
;