Berita

Suka Sucre Milik Fazley Yaakob Ditutup

gempak
Syafiqah Jalal
11/07/2020
02:57 MYT
Sponsor Banner
Suka Sucre Milik Fazley Yaakob Ditutup
Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengumumkan Suka Sucre Bistro di Cheras miliknya ditutup.
Menurut Fazley Yaakob cafenya itu akan berpindah ke tempat baharu tidak lama lagi dan ia bakal ditutup sementara waktu.
“Suka Sucre Bistri di Cheras ditutup.
“Hari ini (semalam) merupakan hari terakhir restoran saya beroperasi di Taman Pertama, Cheras. Kami akan berpindah ke tempat baharu tidak lama lagi. Tapi buat masa ini kami akan tutup buat sementara, sambil menunggu kerja-kerja renovasi di tempat baharu,” katanya.
Fazley mengumumkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video yang merakamkan beberapa kenagan sepanjang café itu dibuka.
Tambah Fazely lagi, dia tidak sangka apa yang telah dikecapi selepas sahaja menjuarai Masterchef Selebriti pada tahun 2012.
“Apabila saya menjadi juara untuk pertandingan memasak di televisyen pada tahun 2012, saya tidak sangka bahawa perjalanan hidup saya, yang selama ini sebagai seorang artis dan usahawan, akan juga bertambah ceritanya sebagai seorang chef.
“Dengan restu dan izin arwah Bapak dan ibu tersayang pada masa itu, kami mulakan @sukasucrebistro.
“Tujuh tahun kemudian, setelah beberapa ratus artikel di media, berpuluh-puluh anugerah kami terima dan juga pengiktirafan kami terima dari dalam dan luar negara, kami kini bersedia untuk berpindah ke tempat baharu,” ceritanya lagi.
Akhir sekali, Fazley mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung ketika café miliknya itu beroperasi.
“Terima kasih kepada semua yang pernah melanggani restoran kami. Yang datang dari dekat dan juga yang datang dari jauh. Salam sayang kepada semua yang pernah berkhidmat di bawah naungan syarikat ini, baik pun sebagai anggota dapur, management, ataupun helpers/cleaners. Jasamu sentiasa dikenang. Banyak kenangan kita bersama di sini,” katanya lagi.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang mengucapkan selamat maju jaya dan tidak sabar untuk berkunjung ke lokasi baharu restorannya nanti.
Hari ini merupakan hari terakhir restoran saya beroperasi di Taman Pertama, Cheras. Kami akan berpindah ke tempat baharu tidak lama lagi. Tapi buat masa ini kami akan tutup buat sementara, sambil menunggu kerja-kerja renovasi di tempat baharu. Apabila saya menjadi juara untuk pertandingan memasak di televisyen pada tahun 2012, saya tidak sangka bahawa perjalanan hidup saya, yang selama ini sebagai seorang artis dan usahawan, akan juga bertambah ceritanya sebagai seorang chef. Dengan restu dan izin arwah Bapak dan ibu tersayang pada masa itu, kami mulakan @sukasucrebistro. 7 tahun kemudian, setelah beberapa ratus artikel di media, berpuluh-puluh anugerah kami terima dan juga pengiktirafan kami terima dari dalam dan luar negara, kami kini bersedia untuk berpindah ke tempat baharu. Terima kasih kepada semua yang pernah melanggani restoran kami; Yang datang dari dekat dan juga yang datang dari jauh. Salam sayang kepada semua yang pernah berkhidmat di bawah naungan syarikat ini, baik pun sebagai anggota dapur, management, ataupun helpers/cleaners. Jasa mu sentiasa dikenang. Banyak kenangan kita bersama di sini. Terima kasih kepada mentor-mentor saya @_chefwan58 & @chefjoe82, dan mentor-mentor dari @mylecordonbleu & @lecordonbleuparis atas tunjuk ajar dan panduan selama ini. Minggu depan @minangtapau mula beroperasi semula di Bukit Damansara. #SukaSucreBistro akan dibuka juga tidak lama lagi di lokasi yang belum diumumkan lagi. Terima kasih semua. Salam sayang buat semua. Masih ingat apa menu air tangan saya yang menjadi kegemaran anda? Dessert pun kalau ada? Share ok?
A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live