,
Laman Utama

Suka Tengok Hrithik Roshan Semasa Hamil, Ibu Kongsi Anak Lahir Dengan 11 Jari - “Subhanallah, Anugerah Allah Paling Terindah”

Azwa Rahman
17/10/2021
23:30 MYT
Gara-gara suka melihat Hrithik Roshan sepanjang kehamilannya, seorang ibu terkejut apabila bayi lelaki yang dilahirkan mempunyai 11 jari sama seperti aktor Bollywood itu.
Menerusi platform TikTok, seorang ibu yang dikenali sebagai Reeen berkongsi keistimewaan bayinya itu untuk tatapan umum.
Menurut Reen, dia wajib melihat muka Hrithik setiap hari sehingga membuat satu folder khas di dalam telefon pintarnya untuk mengisi foto-foto pelakon filem Kabhi Kushi Kabhie Gham itu.
“Waktu pregnant minat sangat-sangat kat Hrithik Roshan, siap buat album khas kat gallery sebab hari-hari wajib kena tengok Hritik Roshan. 29/9 dapat baby boy.
“Terkejut aku dapat tahu baby ada ibu jari lebih sebelah kanan macam Hrithik Roshan. Subhanallah, anugerah Allah paling terindah.
@reeen._
My Hrithik Roshan junior ? anugerah Allah paling terindah ✨ ##hrithikroshan ##fyp ##alhamdulillah♬ bunyi asal - ?? Basri Maddau ?? Menerusi perkongsian berdurasi 30 saat itu lagi, Reeen turut berkongsi foto jari keenam anaknya di sebelah kanan, sama seperti yang dimiliki oleh Hrithik.
Sementara itu di ruangan komen, perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi wargamaya.
Ramai yang memberikan komen positif bahawa jari lebih tersebut akan membawa kelebihan kepada anak tersebut berdasarkan kata orang tua-tua.
Tidak kurang ada yang melemparkan kecaman kerana wanita tersebut tidak sepatutnya menyukai lelaki lain selain daripada suaminya.
@AdhAris:Alhamdulillah syukur... orang kata kalau ada jari lebih macam tu, dah besar nanti dia akan jadi org yang terbaik .. InshaAllah.”
"@wanda:Patut pregnant pandang suami. Dapat lah pahala juga. Ni dah kahwin duk tenung gambar laki lain kan berdosa kak oi.”
@Alia Maisara:nanti aku ngandung tengok jungkook lah mana tau keluar muka oppa.”
@Amirah Syamimi:MashaAllah, semoga menjadi anak yang soleh ye. So cute!”
@user5678347034330:Alhamdulillah.. orang tua-tua kata banyak kelebihannya.. anak bertuah.”
@NurShaBeLLa:Masa saya hamil suka tengok SRK.. YA ALLAH. ANAK KELUAR. HIDUNG SEBIJIK SRK.. KUASA ALLAH.”
“@BROSISBUNDLE:OMGGGGGGG betul-betul tekenan ni. moga baby ni membesar hensem segak kacak pandai menari mcm HR hehe sbb dia comel!”
@ChiQue Azam:Masa saya pregnant anak no 2, suka tengok preity zinta. Ada berdoa minta anak ada lesung pipit mcm tu.. Alhamdulillah, Allah kabulkan...keluar perut dah nampak.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir dua juta tontonan dan 140,000 tanda suka daripada warga TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Wanita India Suapkan Makanan Pada Pesakit Lain Buat Netizen Sebak - “Jatuh Air Mata Aku…”

gempak
08/06/2024
01:01 MYT
Tular satu video di TikTok memperlihatkan seorang wanita berbangsa India sedang menyuapkan makanan kepada pesakit lelaki di wad di sebuah hospital.
Bollywood

Hrithik Roshan Kritik Iklan Telefon Pintar: “Sad & Ignorant"

gempak
12/05/2024
11:58 MYT
Aktor Hrithik Roshan menjadi selebriti terkini dunia yang menyelar iklan terkini keluaran syarikat gergasi, Apple.
Laman Utama

Konsert Hrithik Roshan Stars On Fire KL Ditangguh!

gempak
27/11/2023
06:55 MYT
Wang akan dikembalikan.
Laman Utama

Uqasha Senrose Mohon Maaf, Padam Hantaran Hrithik Roshan Di IG! - "Saya Bukan Liberal, Bukan Tak Sensitif"

gempak
08/11/2023
01:55 MYT
Uqasha Senrose padamkan hantaran promosi konsert Hrithik Roshan.
Laman Utama

Sah! Hrithik Roshan Datang Malaysia 1 Disember, Adakan Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur

gempak
18/10/2023
15:02 MYT
Hrithik Roshan akan turut ditemani Phrabu Deva!