HIBURAN
Suka Tolong Orang? Tujuh Ciri Ini Bakal Buat Anda Jadi Superhero Dalam Kehidupan Harian
Tidak dinafikan, ramai penonton yang gemarkan filem atau siri yang berkaitan dengan adiwira
Ini kerana naskhah yang dihasilkan itu secara tidak langsung mengimbas kembali kenangan sewaktu kecil di mana kita sering berpura-pura berlakon menjadi karakter wira.
Tidak hanya dengan menonton siri animasi, malah buku-buku komik yang mengisahkan tentang adiwira juga turut menjadi tumpuan.
Tetapi adakah wira-wira sebenarnya wujud dalam kehidupan harian kita?
Sebenarnya kita semua boleh menjadi superhero dengan membantu orang yang berada dalam kesusahan.
Ciri-ciri wira
Berikut merupakan tujuh ciri-ciri untuk membantu anda menjadi seorang adiwira:#Sikap
Perkara pertama yang diperlukan oleh seorang adiwira adalah pemikiran yang positif. Percaya bahawa anda boleh melakukan sesuatu perubahan apabila membantu mereka yang mengalami kesusahan.
#Integriti
Integriti adalah penting untuk seorang adiwira.
Integriti menghasilkan kejujuran dan ketelusan, yang seterusnya menjadikan anda bersinar apabila seorang adiwira diperlukan.
#Empati
Wira-wira boleh memahami bagaimana tindakan mereka mempengaruhi orang lain. Ini adalah kuasa besar yang mewujudkan perpaduan dan bukannya perpecahan ketika memberi bantuan.
#Memberi sokongan
Seorang adiwira sentiasa bersedia memberi sokongan dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan balasan.
#Didorong
Wira-wira sentiasa didorong dengan sikap tidak pernah berputus asa dan tidak ada halangan yang boleh menghalang anda untuk membantu mereka yang memerlukan.
Bahkan wira akan sentiasa memberikan usaha sepenuhnya untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan mereka yang dibantu itu berjaya.
#Berani
Ramai orang takut dengan perubahan. Keberanian untuk menghadapi perubahan dan cabaran bukanlah perkara biasa dalam dunia hari ini.
Wira-wira menerima perubahan apabila berhadapan dengannya. Mereka mengambilnya secara langsung dan mengubah cabaran menjadi peluang melakukan kebaikan.
#Ingin tahu
Wira-wira seharusnya tahu cara bertanya soalan bagi memastikan mereka mempunyai maklumat yang diperlukan untuk membantu anda berjaya.
Apabila anda membantu orang lain menggunakan ciri-ciri yang disenaraikan di atas, secara tidak langsung anda telah berubah menjadi adiwira.
Bercakap mengenai adiwira, filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Keluang Man yang diarahkan Anwari Ashraf menampilkan bariskan pelakon antaranya Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Saksikan kemunculan hero lagenda tanah air, Keluang Man dipawagam pada 29 Mei depan.
Must-Watch Video