Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Suka Tonton Kartun? Tahukah Anda Bagaimana Animasi Dihasilkan?

Syafiqah Jalal
23/09/2020 10:28 MYT
Ketika waktu kecil, kita suka menonton kartun atau animasi di kaca televisyen dengan pelbagai watak dan jalan cerita yang menarik.

Namun tahukah anda bagaimana sesebuah watak dilakar dan dibangunkan menjadi sebuah animasi. Bolehkah lukisan tangan (sketch) didigtalkan?

Semua itu anda boleh diketahui dalam program animasi edutainment, STEMsasi episode 5 dan 6.

Dalam episode 6, juga akan diperkenalkan, jenis-jenis animasi 2D, 3D serta traditional animation dan contoh-contoh perisian yang digunakan untuk merekabentuk sesebuah animasi.

STEMsasi bertujuan untuk mengajar dan meningkatkan kesedaran tentang STEM dan juga trivia yang tak termasuk dalam silibus akademik.

Episod dalam siri ini mempunyai pengetahuan praktikal untuk membantu meningkatkan kehidupan harian anda melalui Sains dan Teknologi.

Pelakon cilik, Wafiy yang memegang watak utama suara akan berkongsi fakta menarik sepanjang tiga minit.

Dengan satu episod yang hanya sepanjang 3 minit, ketahui fakta menarik dalam masa yang singkat dengan STEMsasi!

STEMsasi bersiaran pada setiap hari Rabu hingga Jumaat di Astro Ceria saluran 611 HD dan 631 SD serta Astro GO.

#Astro Ceria #Animasi #kartun #Wafiey