Gaya Hidup

Sukan Olimpik Tokyo Sah Ditunda Pada Tahun 2021

gempak
Azwa Rahman
25/03/2020
11:44 MYT
Sponsor Banner
Sukan Olimpik Tokyo Sah Ditunda Pada Tahun 2021
Temasya sukan terbesar dunia, sukan Olimpik 2020 di Tokyo akan ditangguhkan pada tahun 2021.
Memetik laporan Reuters, penangguhan selama setahun dilihat sebagai penyelesaian terbaik. Temasya yang dijadualkan berlangsung pada 24 Julai hingga 9 Ogos ini mungkin akan diadakan pada musim panas 2021.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memutuskan untuk menangguhkan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 akibat pandemik Covid-19, kata ahlinya, Dick Pound pada Isnin.
Jepun dan IOC berkata, membatalkan temasya itu bukan satu pilihan. Tetapi, mencari tarikh baru adalah rumit kerana kalender musim panas 2021 sudah penuh, manakala 2022 akan berlangsung Piala Dunia dan Olimpik Musim Sejuk Beijing.
Pound berkata, sebilangan besar pihak berkepentingan daripada jawatankuasa penganjur kepada atlet, stesen penyiaran dan persekutuan sukan perlu dirujuk sebelum memuktamadkan rancangan, tetapi ada petanda awal untuk mengadakan temasya itu tahun depan.
Penangguhan temasya Olimpik akan memberi tamparan kepada negara penganjur Jepun yang sudah melabur lebih AS$12 bilion, serta menjejaskan sejumlah besar dana untuk penaja dan badan penyiaran.
Temasya Olimpik tidak pernah ditangguhkan sebelum ini, tetapi ia pernah dibatalkan pada 1916, 1940 dan 1944 ketika perang dunia ke-2, serta boikot Perang Dingin utama yang menjejaskan Olimpik Moscow dan Los Angeles pada 1980 serta 1984.
Terdahulu, beberapa negara seperti Kanada dan Australia telah membuat keputusan untuk tidak menghantar atlet jika sukan ini tidak ditunda.
Lebih 337,000 orang dijangkiti virus Covid-19 di seluruh dunia dengan lebih 14,600 kematian dicatatkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live