Sukar Rawat Masalah Bintik Hitam? Jom Kami Kongsikan Tips Mudah & Berkesan, Semudah ABC Je Terus Kulit Cerah, Bebas Bintik Hitam Dan Jeragat!
Gempak
22/11/2022 10:30 MYT
22/11/2022 10:30 MYT
Tahukah anda tompok hitam pada kulit boleh berlaku pada bila-bila masa? Ia juga paling kerap muncul dan terjadi pada usia pertengahan seseorang individu.
Selalunya ia terjadi disebabkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari atau cahaya Ultraviolet (UV) buatan seperti Tanning Beds. Tompok hitam boleh berlaku pada muka atau kawasan lain yang sering terdedah kepada matahari.
Tompok hitam juga dikaitkan dengan keadaan kulit tertentu atau sensitif serta boleh menjadi kesan sampingan kepada beberapa jenis ubat-ubatan yang diambil.
Biarpun kehadiran bintik hitam hanya tumbuh kecil di muka, namun ia dianggap ancaman dan kesannya amat besar buat seseorang individu sehingga boleh menimbulkan masalah kurang keyakinan dalam diri mereka.
Ada juga sesetangah individu yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan rawatan laser muka bagi mengurangkan masalah bintik hitam selepas beberapa kali sesi rawatan.
Malah tidak kurang juga yang sanggup bergadai harta demi untuk mendapatkan rawatan laser agar kulit mereka kelihatan cantik dan bersih biarpun rawatan tersebut mendatangkan rasa sakit.
Rasa sakit yang dimaksudkan itu datangnya daripada bahagian muka yang terkena laser dan menjadikan kulit seakan terbakar dan bertukar warna kehitaman atau gelap (burning sensation).
Tambahan lagi, ia juga akan mengambil masa dua hingga tiga minggu bagi menghilangkan kesan terbakar tersebut.
Justeru masalah ini harus dicegah dan dirawat sebelum menjadi teruk. Di sini, kami kongsikan kepada anda alternatif lain selain melakukan rawatan laser bagi mengatasi dan mengurangkan masalah bintik hitam:
#1 Kurangkan Terdedah Pada Matahari
Individu yang berdepan masalah bintik hitam dinasihatkan untuk mengurangkan diri daripada terdedah kepada matahari. Hal ini kerana matahari mengeluarkan sinar ultraviolet (UV) yang menjadi salah satu penyebab masalah bintik hitam.
Oleh itu, individu yang sering mendedahkan kulit mereka kepada matahari disarankan untuk menggunakan sunscreen. Dengan menyapukan sunscreen pada kulit, ia dapat menjadi dinding pelindung kulit daripada sinaran matahari yang berbahaya.
#2 Produk Ada SPF
Selain daripada penggunaan sunscreen, seseorang individu itu turut dinasihatkan menggunakan produk penjagaan wajah yang mengandungi Sun Protection Factor (SPF), sebagai contoh losyen, krim, toner dan bedak muka khas wajah.
Dengan menggunakan produk yang mengandungi SPF, ia membantu daripada terkena sinaran UV secara terus ke kulit muka. Sekaligus ia membantu daripada berlakunya masalah bintik hitam.
#3 Makanan Vitamin C
Sementara itu, masalah bintik hitam juga boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan yang mengandungi Vitamin C. Umum mengetahui kebaikan Vitamin C yang mampu membantu menjadikan kulit lebih cantik dan bersih tanpa sebarang bintik hitam.
Vitamin C juga kaya dengan nutrisianti-inflamasi dan antioksidan yang dapat memperbaiki hidrasi pada kulit serta mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Khasiat Vitamin C mudah didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, malah kedua-duanya adalah sumber terbaik untuk seseorang dalam memastikan kulit mereka kekal bersih dan cantik.
#4 Rangkaian Produk Safi Perfect White
Untuk lebih memudahkan cara anda dalam memastikan kulit terhindar daripada masalah bintik hitam, satu rangkaian produk jenama terkenal yang mengandungi kesemua kebaikan sama seperti di atas iaitu Safi Perfect White yang akan membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Safi Perfect White merupakan rangkaian produk penjagaan kulit yang lengkap terdiri daripada pencuci muka, toner, pelembab muka dan yang penting sekali produk hero Safi Perfect White iaitu Dark Spot Corrective serum dan Brightening Hyaluron serum.
Safi Perfect White mengandungi 100 kali lebih Vitamin C, yang mana sedia maklum kebaikan Vitamin C membantu mencerahkan kulit dan dengan 100x Vitamin C, produk ini sangat efektif bagi menyelesaikan masalah bintik hitam dan jeragat.
Selain itu, kandungan Niacinamide + 3% Vitamin B5 yang terkandung dalam Dark Spot Corrective Serum membantu mengurangkan masalah bintik hitam dan memulihkan kulit muka bermasalah dengan seawal tiga hari.
Manakala Hyaluron Brightening Serum yang mengandungi 5% Niacinamide membantu kulit menjadi tiga kali lebih cerah berbanding sebelumnya dengan hasil yang mengagumkan untuk kekal ekstra berseri.
Dalam pada itu, Safi Perfect White Cream pula mengandungi SPF20 PA++ yang membantu menghalang kulit daripada terkena sinaran UV matahari daripada merosakkan lapisan kulit wajah.
Dengan kesemua kebaikan yang ada pada rangkaian produk Safi Perfect White, hal ini akan membantu anda mengurangkan masalah bintik hitam semudah ABC, kulit cerah, bebas bintik hitam dan jeragat!
Begitu juga dengan watak Liza Sulaiman yang dilakonkan oleh Bella Dowana menerusi drama bersiri original Gempak, IMperfect yang memperlihatkan kulitnya sentiasa cantik, extra berseri dan bebas daripada masalah bintik hitam.
Saksikan juga iklan rasmi Safi Perfect White di YouTube atau ikuti Instagram rasmi Safi Malaysia agar anda lebih yakin tentang keberkesanan produk ini.
Dapatkan segera rangkaian produk Safi Perfect White hanya di Shopee rasmi Safi dengan klik di sini.
Dapatkan segera rangkaian produk Safi Perfect White hanya di Shopee rasmi Safi dengan klik di sini.
#Advertorial
#Dark Spot Corrective Serum
#Day Cream dan Night Cream
#Hyaluron Brightening Serum
#Kulit Jergata Dan Bintik Hitam
#Safi Malaysia
#Safi Perfect White
#Toner, Crystal Essence
#Whipped Foam Cleanser