Skip to main content

Berita Tempatan

“Sukar Untuk Keluar Dari Industri Sebab...” - Adam

adamafbefunky-collage.jpg
Penyanyi dan bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Adam menjelaskan sukar untuk dirinya meninggalkan industri hiburan walaupun fokus utamanya kini adalah dalam bidang perniagaan.

Menurut Adam, menyanyi adalah hobinya dan dia akan terus bergiat dalam industri.

“Walaupun fokus utama saya sekarang adalah perniagaan, tapi saya tidak akan tinggalkan bidang nyanyian.

“Sukar untuk saya keluar dari industri sebab menyanyi adalah hobi saya, saya tetap akan bergiat walau tak serancak dahulu.

“Pergerakan saya sekarang bukan lagi mahu mencipta nama seperti dahulu, cukup sekadar lepas rasa rindu untuk menyanyi,” ujarnya.

Adam berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Reunion AF2 sebentar tadi.

Konsert itu akan menampilkan 12 bintang AF2 yang bakal membuat persembahan, namun tarikh dan lokasinya masih belum ditetapkan buat masa ini.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video