Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Suka-Suka Jaja Nama Saya dan Buat Testimoni Palsu”- Aishah

Syafiqah Jalal
10/01/2018 06:05 MYT
Juara Gegar Vaganza 4 (GV4), Aishah berang apabila gambar dan namanya digunakan untuk mempromosi sebuah produk makanan tambahan tanpa pengetahuannya.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 52, menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya melahirkan rasa kecewa dengan tindakan syarikat produk tersebut.

"Ini bukan kes salah faham tapi kes pandai-pandai gunakan gambar orang lain tanpa izin untuk promosi produk kamu.

"Kalau peminat tak bagi tahu, senang-senang saja kamu gunakan gambar untuk melakukan produk itu," tulisnya di lG.

Penyanyi lagu Pulanglah itu memberitahu sepatutnya syarikat itu meminta keizinannya terlebih dahulu dan mempunyai kontrak yang betul untuk melakukannya.

"Orang kalau nak jadikan seseorang duta ke apa ke semua kena ada kontrak yang diiktiraf.

"Bukan hanya sekadar hantar produk sekotak dua sahaja," tulisnya lagi.

Lebih kecewa lagi, Aishah mendapat tahu wajah dan namanya digunakan sejak dia berada di GV4 lagi.

"Rupanya merata gambar testimoni saya ini.

"Korang suka-suka saja jaja nama saya buat testimoni palsu, dengarnya dari masa saya menang GV4. Ini kesalahan serius,” tegasnya.

Setelah Aishah mengugut mahu menyaman syarikat tersebut, satu kenyataan maaf telah dikeluarkan oleh syarikat tersebut menerusi akaun rasmi Facebook mereka.

Rupanya merata gambar 'testimoni' I ni...korang suka2 je ye jaja nama I buat testimoni palsu,dengarnya dari masa I menang GV4.This is a serious offence!!!@muna_maliamellia

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Foto: Instagram Aishah
#Penyanyi #Penyanyi #Aishah #Aishah GV4
;