Selepas kejayaan karnival #YouCanDuit di Hulu Terengganu pada 28 Mei lalu, karnival anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini bakal menggegarkan Johor Bharu pula.

Karnival #YouCanDuit yang akan diadakan di Persada Johor ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 12 Ogos hingga 14 Ogos 2016.

Pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan artis popular turut diadakan untuk memeriahkan lagi karnival #YouCanDuit.

Karnival kali ini akan dimeriahkan lagi dengan aktiviti-aktiviti seperti kursus pendek eUsahawan dan eRezeki secara percuma serta persembahan dan penampilan artis terkenal tanahair seperti Datuk Rosyam Nor, Fizo Omar, Diana Danielle, Sharifah Sakinah, Lan Pet Pet, Nabil Ahmad, Angah Raja Lawak serta artis Akademi Fantasia.

Lebih menarik lagi, penampilan maskot kegemaran ramai seperti Upin Ipin dan Boboiboy bakal menarik perhatian pengunjung cilik yang hadir di karnival itu nanti.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan karnival ini selain daripada mendapatkan tip-tip mengenai program eRezeki dan eUsahawan.

#YouCanDuit merupakan kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan.

Ikuti kemeriahan karnival #YouCanDuit di Hulu Terengganu Mei lalu: