Sulam Bedak Tak Sah Bawa Solat, Safiey Illias Minta Wanita Muslimah Tak Tertipu - "Proses Dia Macam Buat Tatu .."
Zulaikha Yusof
03/03/2021 01:45 MYT
03/03/2021 01:45 MYT
Usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Illias tampil menjelaskan mengenai sulam bedak sama ada mesra wuduk untuk wanita beragama Islam bawa ketika bersolat.
Safiey, 27, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias berkata sulam bedak tidak sah kerana proses yang dilakukan sama seperti membuat tatu dan warnanya akan kekal selama tiga hingga enam bulan.
"Sebenarnya tahu tak sulam tu apa? Saya cakap terus terang ya, proses dia macam buat tatu. Saya tak suka bila ada yang tipu cakap boleh bawa solat.
"Konon sah solat bila buat sulam kening atau bibir atau segala jenis sulam bedak. Tak.. Sebabnya dia ada pigmen warna yang dimasukkan sebab itu akan dibius.
"Kalau betul dia adalah sejenis sulam bukan tatu, sepatutnya bila kita dah bilas dengan air, dia akan hilang.
"Bila nak solat, kita mesti akan bersihkan semua supaya air dapat mengalir ke seluruh anggota badan. Kalau warna masih kekal selama tiga hingga enam bulan, itu apa?" katanya.
Perkongsian video yang dimuat naik di Instagram itu dirakam ketika Safiey sedang melakukan sulam kening di sebuah kedai penjagaan kecantikkan.
Tambah Safiey, dia kasihan melihat wanita muslimah ditipu gara-gara sikap segelintir peniaga yang mementingkan keuntungan.
Tegasnya, dia tidak berniat untuk menutup periuk nasi individu terbabit tetapi sekadar rasa bertanggungjawab untuk berkongsi informasi sebenar.
"Walaupun saya macam ini tapi saya kesian tengok kakak muslimah kita. Saya minta maaf bukan nak salahkan tapi jangan claim mesra wuduk.
"Tak boleh macam tu.. tolong bagitahu pelanggan perkara sebenar apa yang dilakukan. Jangan nak tamak duit.
"Kesian orang kat luar yang nak cantik tapi tertipu. Korang kena jadi pandai. Saya bukan nak tutup periuk nasi orang tapi saya bercakap sebab saya rasa perlu cakap.
"Saya rasa bertanggungjawab untuk memberitahu perkara dan informasi sebenar," katanya lagi.