Laman Utama
Sultan Johor Masak Lamb Chop, Apron Minion Jadi Perhatian Netizen - “Comelnya Tuanku,”
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menjadi perhatian netizen selepas meluangkan masa memasak menu daging kambing di Istana Flintstones, Mersing semalam.
Menerusi perkongsian Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hidangan itu dimasak untuk santapan tengah hari.
“Resipi rahsia Sultan Ibrahim. Baginda Tuanku Sultan berkemahiran memasak pelbagai menu makanan yang turut dikongsi bersama kakitangan Istana,” maklum Facebook berkenaan.
Namun apa yang menarik perhatian netizen selain hidangan yang disediakan adalah apron Minion yang disarung oleh Tuanku ketika memasak.
"RESIPI RAHSIA SULTAN IBRAHIM" DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar meluangkan masa memasak...Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Tuesday, 17 November 2020
Menerusi ruangan komen rata-ratanya memuji Tuanku kelihatan comel memasak dengan memakai apron tersebut.
Selain kecomelan Tuanku, netizen juga menyatakan impian untuk merasai sendiri masakan air tangan baginda.
Sultan Ibrahim sebelum ini sememangnya dikenali sebagai seorang sultan yang berjiwa rakyat.
Must-Watch Video