Sultan Kelantan Berkenan Isytihar Che Puan Nur Diana Petra Abdullah Sebagai Isteri Baginda
Shahrin Zulkifle
02/08/2022 06:34 MYT
02/08/2022 06:34 MYT
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Pengisytiharan rasmi itu diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Istana Balai Besar yang berkuat kuasa hari ini.
Ahmad ketika membacakan teks itu berkata, pengisytiharan dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Sultan dan Yang dipertuan bagi negeri Kelantan sudah mengadakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan.
Sultan juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan kehadapan isteri baginda dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Baginda juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan kepada Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, iaitu isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.
Sumber – Awani, Berita Harian
#Sultan Muhammad V
#Berita
#Sultan Kelantan
#AWANI
#Sultanah Kelantan
#Sultanah Nur Diana Petra Abdullah