Laman Utama
Sultan Kelantan Buka Istana Untuk Rakyat Terima Vaksin, Netizen Beri Pujian - “Terbaik, Daulat Tuanku”
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V memperkenan membuka pintu Istana Balai Besar, di Kota Bharu, kepada rakyat jelata bagi tujuan kemudahan pelaksanaan program pemberian vaksin COVID-19.
Memetik laporan Bernama, Pengelola Istana Diraja Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaafar berkata Istana Balai Besar merupakan satu-satunya istana di Kelantan yang dibuka bagi tujuan tersebut.
“Bagi program kali ini, seramai 2,000 penerima dijangka akan menerima vaksin iaitu 1,000 penerima adalah rakyat jelata dan selebihnya adalah kakitangan dan kerabat-kerabat Istana Negeri Kelantan," katanya.
Sultan Muhammad V turut memuji rakyat Kelantan yang telah mendaftar untuk menerima vaksin dan baginda turut menitahkan agar semua rakyat Kelantan sama ada di dalam atau di luar negeri supaya mengambil serius berkenaan peningkatan jangkitan COVID-19 di Kelantan serta negara ini.
Meninjau ke laman Twitter, rata-rata wargamaya turut memberikan pujian kepada kerabat Kelantan yang tampil memudahkan pelaksanaan vaksin di negeri tersebut.
“Ini la fungsi istana untuk kebajikan rakyat jelata. Bukan semata mata kau nak pamerkan kemewahan je,” komen seorang wargamaya.
“Apa yang bagusnya benda ni sebab most kelatanese ni lagi dengar cakap sultan more than gov. harap percepatkan lagi, lama dah aku tunggu ni,” kata seorang wargamaya.
“Cemburunya. Rumah-rumah menteri besar pun boleh buka juga tempat vaksin untuk negeri Perak. Kawasan luas tu, boleh pasang 10 khemah. MESTI CEPAT PROCESS DIA NANTI,” ujar seorang wargamaya.
“Nak mintak tukar PPV vaccine kat mysejahtera lah. Teringin nak masuk istana hahahhahaha,” usik seorang wargamaya.
“Allahuakbar, terbaik! Daulat Tuanku,” puji seorang wargamaya lagi.
Kredit foto: Sinar Harian dan Berita Harian
Must-Watch Video