Rata-rata peminat dalam industri tahu bahawa Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah menamakan cahaya mata kedua mereka dengan nama Summayah.

Terbaru pada satu entri di Instagram Puteri Sarah, dia berkongsi gambar photoshoot Sumaiyyah berhijab sambil memegang 'mock up' Al Quran.

"Sumayyah, wanita pertama yang syahid dalam Islam. Beliau gugur setelah memberikan contoh baik dan mulia bagi kita dalam hal keberanian dan keimanan," tulis Puteri Sarah sebagai caption gambar tersebut.

Perkongsian tersebut rata-rata mendapat komen positif daripada peminat yang turut meninggalkan komen pada entri tersebut.

SUMAYYAH,wanita pertama yang syahid dalam Islam. Beliau gugur setelah memberikan contoh baik dan mulia bagi kita dalam hal keberanian dan keimanan. . . Captured by @lilnborn ❤️

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on


"Sumayyah semoga menjadi wanita solehah. Aamin," doa @dpatimah012.

"Semoga Sumayyah membesar menjadi anak solehah, berjaya di dunia & akhirat," komen @beauty_tips_by_linda.

"Nama yang baik. Semoga menjadi anak yang solehah daan berbakti kepada ibu bapanya... Aminnn," tulis @fatimahusmang.

Selain Sumayyah, pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mempunyai seorang lagi cahaya mata, Syaikhul Islam.

Kredit Gambar: Instagram