Sumbangan Seni Rashid Sibir Diiktiraf ASWARA
Elrafaei Sapi
14/08/2018 13:30 MYT
14/08/2018 13:30 MYT
Pengarah drama terkenal, Rashid Sibir meraih satu lagi pengiktirafan dalam dirinya apabila diberi peranan penting dalam bidang akademik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Pencapaian terbaik sebagai anak seni itu dinyatakan pengarah drama bersiri popular, Tanah Kubur ini menerusi statusnya di Instagram, @rashidsibir.
"Alhamdulilah saya telah dilantik oleh Menteri Pelancongan mnjadi LEMBAGA PENGARAH ASWARA 2018/2019," katanya.
Rashid sebelum ini pernah menang pelbagai anugerah atas sumbangan seninya sebagai pengarah antaranya Pengarah Terbaik kategori telefilem pada majlis Anugerah Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) 2017 dan produksinya, Opera Klasik Sdn Bhd mengungguli tujuh anugerah pada majlis Anugerah Oskar 6 (2007).
Pembabitan Rashid dalam bidang akademik kali ini dilihat sebagai peluang terbaik untuk pengarah drama itu mencurahkan ilmu dan pengalaman dengan pelajar.
Dalam status sama, Rashid turut menerima banyak ucapan tahniah daripada netizen di media sosial.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @rashidsibir