Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Sumpah Hendaklah Hanya Dilakukan Dengan Nama Allah” – PU Syed Tegur Caprice

Mya Amri
27/09/2021 01:40 MYT
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed menegur dan memperbetulkan penyanyi rap, Caprice susulan kenyataan bersumpah baru-baru ini.

PU Syed menerusi hantaran di akaun Instagramnya memaklumkan kenyataan sumpah yang sebetulnya hendaklah dilakukan dengan menggunakan nama Allah SWT.

“Buat saudara Aris bin Ramli aka Caprice, khas dan semua amnya, sumpah hendaklah hanya dilakukan dengan menggunakan nama Allah SWT atau salah satu sifat-Nya.

“Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang ingin bersumpah, maka hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau lebih baik diam.”

“Riwayat Imam al-Bukhari (3836) dan Imam Muslim (1646),” jelasnya,

Dalam pada itu, PU Syed juga memberi nasihat dan berpendapat bahawa yang sepatutnya mengangkat sumpah adalah orang yang didakwa.

“Nasihat ambe, yang perlu bersumpah itu adalah beliau, bukan Caprice. Namun setakat ini belum nampak dia nak bersumpah.

“Sedangkan di dalam hadis ada menyatakan (bukti bagi yang mndakwa dan bersumpah bagi yang didakwa). Wallahualam,” tulisnya.

A post shared by SYED MOHD BAKRI BENYAHYA (@pusyed_official)


Terdahulu, Caprice telah melakukan pendedahan demi pendedahan melibatkan kelakuan tidak baik seorang pendakwah.

Disebabkan itu juga, Caprice telah bersumpah atas nama ibu dan bapanya bahawa dia mengenali perangai sebenar pendakwah tersebut.
#Caprice #Pendakwah #PU Syed #Sumpah #Angkat Sumpah #Isu Pendakwah
;