VIRAL
"Sumpah Malu, Tapi Kelakar Juga" - Ibu Kanak-Kanak Tampil Beri Penjelasan Kes Pelamin Roboh, Reaksi Netizen Pula Tak Senang Hati
Seorang wanita tampil membuat penjelasan selepas videonya tular apabila anaknya secara tidak sengaja merobohkan pelamin ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan rakan.
Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, wanita tersebut mengakui tidak menyangka kejadian itu akan berlaku kerana anaknya hanya bermain dengan rakan-rakan di kawasan pelamin.
“Saya nak explain video semalam, memang tak sangka yang anak saya buat begitu. Anak saya teruja sebab ada kawan dia main sekali dekat atas pelamin tu, saya pun tengah sibuk nak ambil gambar pengantin,” jelasnya.
Menurutnya lagi, kejadian itu berlaku dengan pantas apabila anaknya yang sedang bermain telah menolak sofa di atas pelamin sehingga menyebabkan struktur belakang atau backdrop pelamin tumbang.
“Anak saya naik atas pelamin, lari-lari dengan kawan dia. Anak saya memang tak menyangka dia tolak sofa itu ke belakang, saya tak sangka backdrop itu roboh juga. Bila tengok video itu balik, saya gelak-gelak," katanya.
Walaupun kejadian tersebut mencetuskan rasa panik di majlis itu, wanita itu mengakui ia juga menjadi satu momen yang lucu dan penuh pengajaran.
Selepa itu, suaminya juga segera membetulkan semula pelamin tersebut sebelum mereka membuat keputusan untuk meninggalkan majlis kerana terlalu malu.
“Bila jadi rasa nak marah tapi dalam masa sama saya rasa kelakar juga. Ini pertama kali jadi. Sumpah malu bila pelamin tu roboh, satu dewan tengok.
“Suami saya betulkan pelamin tu, saya ajak suami balik sebab tak tahan malu. Benda ni jadi pengajaran untuk saya, jangan bagi budak-budak main dekat pelamin," kongsinya lagi.
Bagaimanapun, wanita tersebut bersyukur kerana kedua-dua mempelai yang merupakan rakan mereka tidak mengambil hati dan menerima permohonan maafnya dengan baik.
“Mereka berdua okay sahaja, saya sudah minta maaf juga. Nasib mereka okay. Itu penjelasan saya.” katanya.
Video insiden pelamin roboh itu kini tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang terhibur dan ada juga yang menjadikannya pengajaran untuk lebih berhati-hati di majlis perkahwinan.
"Buat anak reti, jaga anak tak reti.
"Orang macamni tak payah jemput gi majlis nanti.
"Beribu bayar pelamin. Datang anak orang, hancur. Dapat pulak parents gelak gelak pelamin roboh. Memang kawan tak boleh pakai," komen beberpa netizen.
undefined