Dari seorang pelakon dan kini beralih arah ke bidang nyanyian dan menjadi penyanyi yang boleh dianggap berjaya, Naim Daniel membuktikan dia di antara penghibur yang disegani ketika ini.



Selepas lagu Sumpah yang berjaya menjadi juara di Anugerah Juara Lagu, Naim hadir bersama single terbaru yang turut menampilkan Man Keedal bertajuk Sembah.

Namun selepas lagu Sumpah menjadi juara, mula terdengar suara-suara yang mengaku lagu itu adalah ciptaan bersama.

Kekecohan itu membuatkan Naim memuat naik satu video pendek di Instagram miliknya meminta sesiapa sahaja yang mahu berkongsi hak cipta dalam sebarang karyanya menampilkan bukti.

Baca: "Sila Kemukakan Bukti..." - Naim Buat Kenyataan Kerana Ada Yang Mengaku 'Sumpah' Hak Cipta Bersama?

Video tersebut dimuat naik sehari sebelum berlangsungnya sidang media yang dibuat oleh bekas kekasihnya Dayana Amerda.

Dalam sidang media tersebut yang turut dihadiri oleh peguam Dayana, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, ibunya Che Rohaida Che Daud dan pengerusi onsortium industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) Ayob Abd. Majid, Dayana memberikan tempoh seminggu kepada Naim untuk membuat pengakuan terbuka bahawa lagu itu merupakan karya ciptaan bersamanya.

Baca: “Saya Tak Nak Duit, Apa Saya Nak Kejujuran” - Bekas Teman Wanita Naim Daniel Tuntut Hak Cipta Bersama

Pada sidang media yang sama, Dayana menafikan bahawa kisah hak cipt itu sudah selesai seperti yang pernah dibangkitkan sebelum ini.

Malah dakwa Dayana, Naim tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan jelas menafikan bahawa lagu Sumpah merupakan lagu ciptaan mereka berdua.

Baca: “Tak Ada Satu Kenyataan Yang Jelas Pun Mengatakan Saya Tak Terlibat" - Bekas Kekasih Naim Daniel Dakwa Isu Hak Cipta Tak Pernah Selesai

Ibu Dayana, Che Rohaida Che Daud juga memberikan beberapa kenyataan kepada pihak media ketika berlangsungnya sidang media tersebut.

Che Rohaida mendakwa keluarga Naim Daniel ada menghubunginya meminta agar sidang media berkaitan hak cipta lagu Sumpah tidak diteruskan, namun tidak diendahkannya.

Che Rohaida juga mendakwa Naim turut menghubunginya namun dia meminta agar penyanyi itu tidak mengganggu sehingga sidang media selesai dijalankan.

Baca: "Dia Play Game..Saya Pun Tak Tahu Apa Dia Nak" - Ibu Bekas Kekasih Naim Daniel Dedah Terima Panggilan Minta...

Peguam Dayana, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar pula meminta agar Naim Daniel dapat berbincang secara baik dengan anak guamnya untuk menyelesaikan isu berhubung lagu Sumpah tersebut.

Dia berharap isu tersebut dapat diselesaikan segera dengan mendapat kata sepakat daripada kedua-dua pihak agar ia tidak sampai ke peringkat lebih serius sehingga perlu memfailkan saman.

Baca: "Buat Lagu Tu Bersama Dalam Telefon, Boleh Tahan 2 Ke 3 Jam Kot,"- Peguam Dayana Sudah Ada Cukup Bukti Lagu Sumpah Dibuat Bersama Naim

Sehari selepas itu, syarikat rakaman World Peace Entertainment (WPE) di mana Naim Daniel bernaung telah mengeluarkan satu kenyataan media.

Dalam kenyataan media tersebut, WPE menegaskan bahawa lagu Sumpah kekal milik penyanyi Naim Daniel dan Omar K sebagai pengubah lagu dan liriknya ditulis oleh Naim Daniel.

Pihak WPE juga meminta sekiranya Dayana mahupun wakilnya ingin menuntut sebarang hak, supaya menghubungi mereka dengan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh.

Baca: Lagu Sumpah Hak Mutlak Naim Daniel!

Selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat rakamannya, Naim seolah-olah tidak lagi ambil pusing tentang tuntutan daripada bekas kekasihnya itu.

Malah, dia semakin giat menghiburkan orang ramai dan memenuhi undangan-undangan nyanyian. Walaupun dalam keadaan demam, penyanyi berbakat besar ini tetap meneruskan persembahan untuk peminat-peminatnya.

Baca: "Awak Ni Rare!"- Siap Tampal Cool Fever, Naim Daniel Teruskan Show Walaupun Demam

Bukan itu sahaja, sebagai penyanyi yang diminati ramai Naim turut menziarahi pesakit kanser tulang tahap empat, adik Nur Aimy Adriana di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketika pertemuan yang membuahkan rasa sayu pada ramai pihak, Naim turut menghadiahkan sebiji 'bulan' yang menjadi penghias ketika persembahannya di pentas AJL.

Baca: Sampai Menangis Dibuatnya! Nyanyi Lagu Sumpah Untuk Pesakit Kanser, Naim Daniel Buat Ramai Sebak..



Sebagai penyanyi yang kini mendapat perhatian ramai, Naim terus mengorak langkahnya sebagai penghibur. Dia membuat persembahan di Kemaman, Terengganu, serta bersama Kumpulan Hujan membuat persembahan di Quill City Mall Kuala lumpur.



Naim juga turut menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.

Semoga segala kekalutan tentang lagu Sumpah ini tidak berlarutan dan Naim Daniel sebagai anak seni yang cukup berbakat akan terus berkembang dengan single terbarunya itu, Sembah!